Tuesday, June 9, 2015

Up & Down Hati Perempuan (Lelaki & Perempuan, berbeza)

Rabiatul Adawiyah(wali Allah) :

"Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu"

Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umumnya, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

– Cara berkomunikasi
– Cara berfikir
– Tahap kepekaan dan perasaan
– Tanggapan
– Tindakan dan perbuatan
– Kaedah mempamerkan kasih sayang
– Kehendak mempamerkan kasih sayang
– Kehendak dan pengharapan
– Cara mempamerkan penghargaan
– Cara dan tahap pengorbanan
– Cara dan daya khayalan
– Daya pengamatan dan konsentrasi
– Cara dan pengisian doa

PERBEZAAN OTAK WANITA & LELAKI :

Otak adalah suatu anugerah yang paling hebat diciptakan Allah. Mungkin perbezaan boleh dinilai melalui otak manusia dan otak haiwan. Sebagai manausia kita mempunyai minda/akal untuk berfikir dan bermuhasabah, berbeza dengan haiwan yang sentiasa kita lihat. Mungkin manusia ini di lihat dalam sudut kacamata lelaki dan perempuan. Mengikut kajian, lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan yang berbeza dihasilkan dari otaknya. Sedikit perkongsian perbezaan antara fungsi otak lelaki dan perempuan


Tugasan
Otak Lelaki

Proses otak wanita direka bagi menumpukan tugasan yang berganda di dalam sutu-satu masa. Sebagaimana contoh wanita dapt menonton TV, bercakap melalui telefon dan melakukan aktiviti memasak di dalam satu masa. Proses otak lelaki pula direka dengan cara memberi tumpuan hanya satu kerja pada satu masa.


Bahasa
Wanita mudah mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bahasa. Lelaki pula tidak mudah untuk mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan di dalam bahasa.


Analisa
Otak lelaki mempunyai banyak ruang untuk mengendalikan proses menganalisis sesuatu perkara. Mereka boleh menganalisis dengan cara mencari penyelesaian dan boleh merangka reka bentuk yang berbentuk kompleks. Otak wanita pula dapat memahami sesuatu rangka reka bentuk dengan mudah tetapi tidak dapat menganalisanya secara berfokus.


Memandu
Semasa memandu kereta, lelaki boleh memandu dengan keadaan laju kerana dia dapat melihat sesuatu objek pada jarak yang jauh dan serta-merta mengklasifikasi kelajuan objek/ kenderaan itu. Akan tetapi lelaki hanya boleh fokus pada suatu perkara sahaja seperti tumpuan pada memandu.Perempuan pula mengambil masa yang lama untuk mengetahui kelajuan dan arah sesuatu objek kenderaan. Walau bagaimanapun perempuan mampu untuk memberi tumpuan kepada perkara lain selain memandu.


Menipu
Otak wanita secara semula jadi dapat mengetahui 70% ekspresi wajah lelaki yang menipu , 20% pergerakan tubuh badan dan dapat mengetahui 10% apa yang keluar dari mulut lelaki apabila menipu. Otak lelaki pula tidak dapat mengetahui secara jelas apabila seseorang perempuan menipu. Akan tetapi lelaki mempunyai kemampuan untuk mencari helah menipu.



Otak Wanita

Menyelesaikan Masalah
Sekirannya seseorang lelaki itu mempunyai banyak masalah, mereka akan mencari jalan untuk menyelesaikannya dengan cara tersendiri dan akan bertindak menyelesaikannya satu demi satu. Sekirannya seseorang perempuan itu mempunyai masalah, mereka akan mencari individu untuk meluah dan akan menenangkan fikirannya dengan cara menyendirikn diri. Mereka akan menyelesaikan masalah apabila ada sesuatu panduan.


Apa yang Mahu
Lelaki lebih mahu kejayaan, penyelesaian masalah diri dan perkara yang diminati. Wanita pula mahu kepada hubungan, rakan dan keluarga


Tidak Puas Hati
Jika wanita tidak berpuas hati dengan hubungan, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerjaya.Jika lelaki tidak berpuas hati dengan kerjaya, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada hubungan.


Percakapan
Wanita menggunakan bahasa tidak langsung dalam ucapannya. Lelaki menggunakan bahasa langsung dalam ucapannya


Pengurusan Emosi
Wanita banyak bercakap tanpa berfikir. Lelaki pula bertindak tampa berfikir


Sentuhan
Wanita suka disentuh di dalam perbualan sosial sepertimana empat hingga enam kali sentuhan berbanding lelaki kerana perlukan belaian. Lelaki pula kurang menyukai kepada sentuhan sehinggalah lelaki adalah golongan paling ramai menghidap masalah jiwa.

Arah Tangan
Wanita mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membolehkan mereka melakukan kerja rumah. Lelaki pula selalunya hanya menggunakan sebelah tangan sahaja semasa melakukan sesutu kerja.


Kepintaran
Otak wanita bersaiz lebih kecil daripada lelaki. Akan tetapi wanita mempunyai kepintaran 3% lebih daripada lelaki. Lelaki pula mempunyai saiz otak yang besar dan mempunyai 4 bilion lebih banyak sel berbanding otak wanita


*Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan
contohnya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

*Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

*Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.

* Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

* Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

* Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
* Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

* Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

*Emosi lelaki lebih tenang dan tidak memikirkan keadaan yang bakal berlaku, manakala emosi perempuan lebih beremosi & memikirkan keadaan yang bakal berlaku, dan faktor rasa takut itu membuat perempuan mudah menangis tanpa sebab dan cemburu tanpa sebab, jika itu terjadi pada pasangan anda, bertuahlah anda kerana "WANITA ITU AMAT MENYAYANGI ANDA"