Friday, April 3, 2015

TIPS TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN AMBILAN JULAI 2015

Assalammualaikum wbt.

Salam Jumaat. Salam penghulu segala hari.

Alhamdulilah. Allah swt masih memberi kita peluang untuk bernafas dan berhijrah ke jalan yang lebih baik insyaAllah..

Baru baru ini diketuk lagi dengan panggilan temuduga bagi latihan separa perubatan. 

Tapi, untuk kali ni saya menarik diri untuk pergi pada hari temuduga tersebut kerana Ibunda saya yang tidak izinkan. Jadi, yakin dengan kuatnya hati seorang ibu yang melahirkan dan mendidik saya, jadi saya menarik diri untuk mengikuti temuduga ini. 

Yakinlah, redha Allah swt itu daripada redhanya kedua ibu bapa kita. Insyaallah akan ada rezki yang lebih baik suatu ketika nanti. Amin ya Robb.

Bagi yang akan mengikuti temuduga April dan May ini, saya ucapkan selamat maju jaya, Moga berjaya dalam temuduga tersebut.

Sedikit Tips yang ingin saya kongsikan daripada Kursus memasuki perkhidmatan awam adalah seperti berikut : -

PERSEDIAAN HARI TEMUDUGA

a) Lelaki : Kemeja Putih , Name Tag, Seluar Slack Hitam, Kasut hitam tertutup.
Perempuan : Baju kurung berwarna ceria / Putih (Kemas), Professional-mengikut sahsiah rupa diri, Kasut tertutup bertumit 2 inci. Tudung. (DILARANG MEMAKAI SHAWL)

b) Bila loceng bunyi, ketuk pintu (tunggu penemuduga cakap "Masuk") (Ketuk jangan melebihi 3 kali)

c) Masuk > Salam dengan penemuduga > bagi fail dan berdiri di kerusi (jangan duduk selagi tak dibenarkan duduk) > bila penemuduga dah cakap "duduk" baru la duduk.

d) Perlu yakin. pastikan menjawab soalan dan bukan huraian soalan.

e) duduk tegak. jaga disiplin. 

f) Pastikan datang awal.


PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA

a) make sure dah pergi cek ketinggian dan berat. BMI mesti normal (bukan juga 1 kewajipan, tetapi BMI ini menunjukkan samada kita mempunyai kesihatan baik ataupon tidak, kerana prinsipnya adalah " Kalau kita nak jaga orang, kita pon kena sihat dulu") lepas jer saya pergi kursus tu baru saya tahu kepentingan BMI dalam temuduga ni, tapi jika BMI tak normal, dapat jawab temuduga dengan baik, itu juga melayakkan seseorang itu lulus temuduga tersebut.

b) Pastikan Borang tambahan yang disediakan di portal di "Print" dan di isi dengan lengkap, serta membawa Sijil sijil yang berkaitan, serta Resume.

c) Banyakkan membaca info info kesihatan, contohnya " cara menangani stress" " penyakit penyakit yang kronik" dan lain lain yang boleh di rujuk ke page e kesihatan yang di sediakan oleh kementerian kesihatan malaysia.

d) Ingat nama2 penyakit dan vaksin.



Okay, maaf saya kesuntukan masa (nak sambung kerja), jadi bagi yang nak dapatkan nota pasal penyakit dan panduan SPA boleh tinggalkan email dibawah, insyaallah nanti saya emailkan nota. Hanya ini saja yang saya mampu menolong. Sekian, selamat maju jaya :)

3 comments: