Monday, May 29, 2017

BERPUASA KETIKA MENGANDUNG

Hai Blogger semua, hari ni cik nad nak share ilmu tentang berpuasa ketika mengandung ni, mengikut kajian ibu hamil yang mempunyai alahan tidak di galakkan berpuasa, kerana boleh menjejaskan kesihatan ibu & janin dalam kandungan. 

ramai para ibu hamil memandang remeh tentang kelonggaran yang Allah swt berikan pada ibu hamil kerana ada sikap "malas" untuk ganti puasa nanti. tetapi ibu ibu juga perlu fikirkan kesihatan & keadaan bayi di dalam kandungan. 

admin sekarang tengah hamil 4 bulan, walaupun dah lepas trimester yang pertama, tapi admin masih ada alahan muntah2 yang teruk jika ada tersalah makan. antara alahan yang dihadapi oleh admin adalah alahan meminum susu (susu cair ke, susu tepung ke, susu creamer ke, apa apa jenis susu la kesimpulannnya) akan buat admin hampir 3 hari tak henti henti muntah. nak dijadikan cerita, hari ni ramadhan hari ke-3 admin dah muntah teruk awal pagi tadi sbb cuba bancuh teh tarik dengan susu cair. (kononnya dah lama xpela kot. tapi malangnye tak boleh jugak) :( hehe 

alahai, bukan alah dengan susu je, dengan buah laici, buah tembikai merah (merah je tau. tembikai kuning boleh plak. xfhm betul haha. maybe ikut walid dia tak suka tembikai) 

itu antara alahan makanan & minuman yang admin perlu 'berpantang' sepanjang kehamilan ni la kalau taknak rasa dok muntah muntah tu. haa berbalik kepada cerita, 2 hari admin berpuasa dengan aman, perut takde sakit ape pon, caranya pagi makan nasi + lauk ikan/ayam + buah sunquick + jus oren. 

perut akan rasa selesa je whole day. :) tapi hari ni disebabkan minum air teh tarik yang ada susu tu, menyebabkan admin tak puasa, sebab muntah teruk dan sakit perut (menjejaskan kesihatan/rasa tak mampu boleh berbuka ye ibu ibu. islam itu indah & mudah)

jadi untuk kesihatan anda & baby, seeloknya fikirkan tentang kemudharatan kpd bayi dalam kandungan, jika benar benar mampu, barulah berpuasa. 

petikan di bawah dipetik dari laman

Perempuan hamil/menyusukan anak diberikan keringanan untuk berbuka atau tidak berpuasa.
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ
 وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ، أَوِ الصِّيَامَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”
          (Riwayat al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667))
           
Pun begitu, ada khilaf mengenai apakah perlu perempuan berkenaan menggantikan puasa atau tidak. Berikut perbezaan pendapat secara ringkas:

  • Mazhab Syafi’i dan Hanbali: Wajib qada’ dan perlu membayar fidyah bagi perempuan hamil atau menyusu yang meninggalkan puasa jika mereka takut kesihatan janin atau anaknya.