Wednesday, September 21, 2016

Short Vacation - Kuala Perlis

Hai guys !

Haa hari ni cik nad nak sikit pasal short vacation last week ke kuala perlis.

Nak dijadikan cerita cuti 1 malaysia kan, dan kebetulan pulak ada wedding sedara di sana, so kesempatan tu la kami sekeluarga pergi bercuti. 😃

1st day, bertolak around pukul 2pm dari penang, sebab konvoi kereta ramai2 kan, jadi kami berkumpul di rumah kakak cik nad di bertam, setelah semuanya ada, kami bertolak, dan singgah rnr gurun. (sebab tak makan lagi masa tu). Kalau (dr arah penang ke kedah) hampa lapaq ka apa cik suggest singgah rnr gurun, sbb rnr gurun byk gerai makanan (lauk2 dan nasik) lain2 rnr byk buah ja.

Kalau hampa p rnr gurun hampa beli di gerai hujung sekali sebelah kiri. Gerai tu masakan ala kampung & lebih murah berbanding kedai2 lain.

Kalau hampa dr kedah nak ke perak pulak, hampa singgah rnr juru, banyak makanan ada, sampaikan sandwich dia pon mmg umpphh sangat. Takbleh lawan sandwich tempat len.

Okay, berbalik kpd cerita td, hehe ciknad smpai di kuala perlis lebih kurang pukul 5.30 kot, kami menginap di cattleya homestay, homestay dr luar, xberapa ok, dlm pon xok sgt. So ciknad bg 2 bintang je, sbb xberapa puashati dengan penginapan kami.

Lepas selesai solat, kami siap2 ke Ikan Bakar kuala perlis, kalau hampa p kena pandai pilih tau, sebab kalau hampa tgk yg kosong xda orang tu means xsedap n mahal latu. Kalau hampa nak senang tgk ja yg mana ramai tu confirm sedap n murah, yg penting kna sabar tunggu.

Selesai kami ke gerai ikan bakar, kami pergi ke funfair sebelah kedai yg ada waktu tu, mula2 just nak tengok je, tp anak sedara cik nad buat hal ajak cik nad ikut depa, jadi berangan jd budk2 sekejap ! 😆

Day 2,

Cik nad bertolak dr cattleya homestay pukul 10 ke Padang Besar! 😍😍😍 cik nad suka betol tempat2 yg juai survouenir ni, mmg cik nad paling suka sekali tempat yg byk juai bear 😁

So hasil dr situ cik nad beli cawan gajah(bekas air sejuk yg besar), handbag coach, purse, beg sandang vintage,hello kitty teddy bear,jersi (org kirim).

Lpas dr tu kmi trus bertolak balik, dan siap2 tuk pergi kenduri di Perlis Hope.

Selesai urusan disitu, kami bertolak balik ke penang. Masa perjalanan balik kami singgah Darulaman park yang terletak di Jitra. Apa yg best dengan darulaman park ni boleh naik itik, boleh main roller blate, boleh naik basikal panjang, boleh naik buggy, dll. (tp jaga2 toilet kotor)

Lepas tu kami ikut jalan biasa je, sebab ada accident dkt highway so jem teruk. Nasib baik ada encik maps . Encik maps byk membantu cik nad dlm pelbgai urusan 😍

Masa otw balik sempat lg depa singgah nasi kandar special di Jitra 😊 tp klau taste cik nad mmg penang punya nasi kandaq lagi sodap lah. Xblh lwn 😂

Sekian sj celoteh cik nad untuk hampa 😊

Salam bahagia dr cik nad untuk hampa 💟

Wednesday, August 3, 2016

TIPS KURUS SIHAT : DAY 3

Hai guys :D

Wahh mood happy betul cik Nad semenjak consume diet ni, baru day 3, tapi badan dah rasa segar and aktif
 😁

Seriously, before this cik Nad diet macam lain, tapi once cik nad dah try diet atkins & green tea ni, cik nad rasa memang ada baiknya la .

bak kata orang, ada powernya la. sape yang dah cuba tahu la macam mana hebatnya diet atkins & green tea.

Starting cik nad risau jugak takot lapar & xdapat nak kawal diet. tp try juga lawan nafsu makan tu
 😁
Day 1, cik nad makan pagi makan telur (telur dadar 2 bijik) + green tea (lipton clear green) 1500ml.
dalam hati fikir mampu ke aku kenyang dengan hanya makan telur saja je? tp lepas cik nad try, rupa seriusly xlapar langsung uolls. memang rasa kenyang sampai pukul 1 tengahari macam tu. green tea ni uolls minum masa suam2 tu memang rasa fresh sangat. memang rasa badan berpeluh & rasa cergas. tapi dekat 16 kali cik nad berulang ke toilet, memang green tea ni sesuai sangat untuk melawas. day 1 sahaja cik nad minum 1 botol. utk starting saja, kerana berlebih boleh merosakkan hati.
then, waktu break, 12.30 cik nad balik makan nasi segenggam + ikan sardin seekor + sayur sawi
(tp cik nad makan nasi beras taj mahal yg takda kanji tu)
petang after work, masa ni memang failed sikit sebab tertarik dengan udang masak merah yang mak  cik nad sediakan di dapur. jadi cik nad makan ikan sardin + sayur + udang.
tapi lepas je makan makan semua tu, jarak 1 jam cik nad minum green tea, so sampai tengah malam la cik nad ke toilet. tapi yang bestnye badan rasa ringan.
 😁
Day 2, sup ayam + green tea
Day 2 pagi pagi lagi admin dah makan sup ayam, ummp jugak la panas panas makan sup ayam. then minum air green tea (kurangkan just 1 cawan je minum), sebab kalau terlalu banyak memang asyik ke toilet, jadi day 2 cik nad minum 1 cawan rasa normal,badan rasa nice. Day 2 pon dah terasa makin okay, badan rasa macam aktif. patut la pakar pemakanan sarankan consume diet ni untuk sihat, cantik & kurus .
 😁
Day 3, Sosej 3 ketul (direbus)
pagi cik nad makan sosej (potongkan bg portion kecil), then air masak 1 botol (1500ml), tengahari & malam nanti cik nad continue next entry. sebabnya cik nad belum balik makan sekarang. hehe

 😁 😁 😁 😁
untuk new followers, boleh refer schedule diet cik nad untuk rujukan di entry dibawah ni,

https://anaalthafunnisamisshieda.blogspot.my/2016/07/route-to-improve-my-self-quality-2016.html

ni contoh jadual cik nad, sape yang berminat, boleh tinggalkan email diruang komen,nanti cik nad emailkan details ye :)


Friday, July 29, 2016

ROUTE TO IMPROVE MY SELF QUALITY ! 2016

"ROUTE TO IMPROVE MY SELF QUALITY"

okay hari ni Cik Nad nak share sikit bila mindset cik nad bertukar nak improve & berdisiplin macam form 4 dulu :D mood memang baik nak improve my self ni ! fulamak tetiba ada pulak mood nak menulis hari ni, jadi cik Nad nak share sesame dengan hampa :)

bagi yang nak join admin untuk "route improve my self" ni boleh mulakan dari 1st August 2016 ni ! hasilnya kita akan share setiap bulan hasilnya ! :D bagi yang berjaya hingga ending this year, Cik Nad nak bagi reward kat hampa. jom join !! yang nak join hampa tinggalkan email di ruang komen. 

FIZIKAL

💕 Consume atkins diet 
💕 75kg to 50kg (want to loss 25kg in 5 month)
💕 use traditional item for facial (Nanti Cik Nad Share)
💕 beauty all body 

(amboi, banyak betul target kan? cita cita mesti ada biarpon belum bermula ! :D ) 


ROHANI (bagi Muslim)

💕 Solat Wajib full (jangan skip2 - awalkan)
💕 Solat Taubat sebelum tido
💕 Solat Tahajjud & Solat Hajat
💕 baca Alquran & Tafsir Selepas solat maghrib sementara menunggu waktu isyak
💕 Banyakkan Sedekah 
💕 Banyakkan bacaan & Zikrullah jauhi sihir

(Haa, ni la target cik Nad nak achieve)


Okay, now berbalik kepada target Cik Nad, kalau bagi hampa yang bekerjaya macam Cik Nad mesti hampa buntu jugak kan, macam nak archieve target yang macam macam ni  😁

firstly, kalau hampa bekerjaya macam Cik Nad hampa betul betul kena consume struggle betul lah, sebabnya situasi di office ni ramai betul yang akan ganggu sistem improvement kita (tambah2 nak diet, lagi lah depa seronok nak kacau kita punya sistem diet)

Haa, macam Cik Nad Kerja bermula 8pagi hingga 6petang so, waktu bekerja ni mcam macam lah lapar itu ini, haa nak dijadikan cerita, kalau hampa nak consume diet atkins ni kena rajin rajin la bangun masak & buat bekal sendiri. 

Haa, bagi yang nak mula 1st August ni mindset pastikan dah bersedia dah eh untuk lalui liku liku sebelum kurus ni hehe :D baik untuk fizikal, mental & rohani :D 

CONTOH TIMETABLE WORKING DAYS CIK NAD

6.00 pagi : Prepare sarapan 
(Telur dadar 2bj/roti sardin 2/ayam bakar 2 ketul/2 sosej & roti/Sosej + green tea)
6.30 pagi : Mandi & Solat & Siap2 
7.35 pagi : Pergi office 
12.30 tengahri : Makan
(2ketul ayam goreng sawi/1 mgkuk sup ayam daun sup/2 ekor ikan + sayur sawi/2 biji telur rebus + kangkung/ Sosej goreng 4 ketul + sayur) 
6.20 petang : Mandi
6.35 petang : Makan/Tak Makan. 
                      Minum (Green tea )
7.00 petang : Rest & Yoga/Pergerakan ringan.
7.30 Malam : Solat Sunat , Solat Maghrib , Baca Al quran & Tafsir, Solat Isyak 
9.00 Malam : Tengok Tv/Baca Buku/Update Blog/Handphone
10.40 Malam : Iron Baju/Prepare Pakaian Kerja 
11.30 Malam : Tidur 
  

CONTOH TIMETABLE WEEKDAYS CIK NAD

6.30 pagi : Solat 
6.50 pagi : Makan (Sosej Goreng/Telur dadar)
7.45 pagi : Exercise 1 hour (Sit Up/Aerobik)
8.50 pagi : Solat Dhuha
9.00 pagi : Cuci Kereta & Kemas Rumah & Bilik
10.30 pagi : Mandi 
11.00 pagi : Masak 
12.30 tengahri : Makan (Ayam bakar 2 ketul/Sup Ayam)
1.30 tengahri : Solat Zohor & Baca Al mathurat
1.45 tengahari : Qailullah (Tidur berkualiti yang disarankan Rasulullah - terbaik selama 15 minit)
3.00 petang : Bersiar/Riadah dengan keluarga/Baca Buku 
6.00 petang : exercise 
6.30 petang : Mandi 
6.35 petang : Makan/Tak Makan.
                      Minum (Green tea )
7.00 petang : Rest & Yoga/Pergerakan ringan.
7.30 Malam : Solat Sunat , Solat Maghrib , Baca Al quran & Tafsir, Solat Isyak
9.00 Malam : Tengok Tv/Baca Buku/Update Blog/Handphone
11.30 Malam : Tidur

Taraa sekian saja timetable Cik Nad :) Hampa boleh nak follow 100% atau hampa arrange timetable hampa, share dengan Cik Nad. apa pon hampa tinggalkan email di bahagian komen nanti Cik Nad reply email hampa 😍

TIADA LAGI HARAPAN CALON SIMPANAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17

Hai Korang ! Lama betul admin tak update page ! al maklum lah sibok sikit dengan kerja 2 3 hari ni :D

haa, sini admin nak share tentang calon simpanan Pembantu Tadbir W17 yang akan tamat 2 ogos ini. nampaknya tiada lagi lah harapan untuk kita berharap dapat jawatan tersebut.

admin ada juga terima maklumat yang jawatan tu dibekukan buat sementara waktu, 
dan kini jawatan semuanya dah ada rombakan, kalau hampa perasan cuba hampa tengok gred 17 semua dah bertukar ke Gred 19. 

jadi lulusan SPM memang takda lagi harapanlah. 

gred 19 sekarang memang fokuskan kepada student diploma & degree. Mungkin sesetengah jawatan je masih belum bertukar. 

apa pon selamat maju jaya kepada semuanya. InsyaAllah rezeki kita akan ada, cuma cepat atau lambat je :)

yang penting, redha Mak Ayah tu dalam genggaman kita, sebabnya redha Allah tu terletak pada redha Mak Ayah kite. 



Monday, June 13, 2016

BAZAAR RAMADHAN PALING BEST 2016

Haa ni admin nak share sikit ni, bagi yang datang area kulim ke area bm ke area kubang semang ke atau mana mana kawasan yang berdekatan & hampa nak cari yang best untuk beli juadah berbuka boleh la hampa refer sini :-

1) BAZAAR RAMADHAN PENANTI/KUBANG SEMANG - banyak juadah kuih yang menarik, lain lain biasa biasa sahaja

2) BAZAAR SUNGAI DUA - pelbagai juadah/tp air tak menarik sangat

3)BAZAAR KELANG LAMA, KULIM - Syurga air ! Syurga Makanan ! Syurga Dessert !
admin masa mula mula try p tu admin pantau dulu makanan2 yang ada dan admin try beli sedikit demi sedikit makanan & minuman dekat situ ! tp ternyata semuanya sedap weh !

dengan murah berbanding tempat yang lain, no wonder la kalau waktu berbuka pon masih ramai dibazaar tu ! :D

Bagi Cik Nad air paling penting untuk juadah berbuka puasa, jadi hampir 15 gerai air yang ada di bazaar kulim, fuhhh sampaikan setiap kali admin pegi memang akan beli 6 bungkus air untuk admin sorang ja minum ! :D

air coffee/big cup ke/green tea ke hampir 6 gerai yang buka - antaranya Anis Coffee, Border Tea dll.

Manakala, 15 gerai air jus buahan pulak memang puas hati, dengan pure nye , dengan sedap sangat isi buah ade sekali. 

antara air yang dah admin try : AMRA ASAM BOI, LIMAU ASAM BOI, LEMON LAICI, BLUE LEMON, CARROT SUSU, APPLE JUS, ORANGE JUS, TEMBIKAI SUSU, BLACKCURRANT ASAM KO, JUS BUAH NAGA, JUS JAMBU, SOYA CINCAU, SIRAP LAICI LEMON, SIRAP SELASIH LEMON, SIRAP LAICI. DLL tak tertulis sebab terlalu banyak air :D

Dessert pula bertambah pelbagai macam macam ada hampa tau, antaranya Puding buah, agar agar buah, agar agar oreo, 'badak berendam', 'puteri mandi' dll tapi hampa mai hampa tau la betapa bestnya bazaar kulim ni :D 

Kalau bab makanan berat pon macam macam ada sini, tapi yang paling umpp sekali LAKSA RINDU (Kuah laksa dia punya la pekat), NASI ARAB, NASI DAGING, NASI DAGANG, SPAGHETTI DLL . 

kesimpulannya, hampa pakat p la try, memang puashati !!! 

Friday, June 10, 2016

Penukaran url blog Cik Nad

Bismillah. Salam sahabat sahabat sekalian, 

maaf la semenjak insiden cik nad terdelete photo gallery blog tu cik nad lama dah tak tengok blog ni, lama pula tak update rasanya :)

maaf la dengan kekangan masa cik nad dengan kerjaya & bisnes buat cik nad kurang follow up blog ni, alhamdulilah lepas je cik nad dah update sikit sikit photo yang dah terdelete, makin bersemangat pulak admin nak update blog. 

so hampa yang always support cik Nad thank you so much & jangan cik nad nak remind yang cik Nad dah tukar url address blog cik nad ke url yang baru iaitu :-

before this - anaalthafunnisamisshieda.blogspot.com

ke 

NEW URL ADDRESS :-

ciknadstories.blogspot.my



Sunday, January 24, 2016

GRAND LEXIS PORT DICKSON : FAMILY DAY 2015

Helo sahabat sahabat blogger !

Last Month admin ada Trip ke Grand Lexis Port Dickson :)

Memang suggested la dekat korang korang untuk pergi ke sana..

apa yang special ?

yang specialnya :-

1) water chalet with view of water 
2) water chalet with private pool 
3) Breakfast yang sangat sedap
4) View of surrounding yang menarik
5) outdoor game 

Nak dijadikan cerita, sebelum trip masing masing section head dibahagikan tugas kepada tugas masing masing.

so admin ditugaskan balut hamper (kononnya pandai balut2 kan) , team morning exercise and check in & check out staff.

1 week sebelumnya hamper siap dibalut, semua preparation tersedia sebaiknya. 

antara tentatif dan aktiviti sepanjang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan :-

9.00 am : Arrive 
10.00 am : Telematch
12.30 am : Lunch
1.00 pm : Check in 
8.00 pm : Dinner

Next Day 

7.00 am : Morning Exercise
10.00 am : Breakfast
12.00 pm : Check Out


VIEW OF LEXIS PORT DICKSON



DAY 1 : TELEMATCH TIME




ACARA : TIUP TEPUNG & TIUP BELON ( 3 CHECKPOINT)



CHECKPOINT PERTAMA : GIGIT SUDU & ANGKAT KAKI SEBELAH DAN LARI




 CHECKPOINT KEDUA : PAKAI SPEK & TIUP TEPUNG & GIGIT COKLAT SEBANYAK YANG BOLEH




CHECKPOINT KETIGA : TIUP BELON SAMPAI PECAH


DONE FIRST GAME :D




READY FOR 2ND GAME : CHILDREN GAME :)



THIRD GAME : TARIK TALI KATEGORI LELAKI



4TH GAME : TARIK TALI KATEGORI PEREMPUAN




HAPPY ENDING FOR TELEMATCH TIME :)



TARRA VIEW OF WATER CHALET A.K.A bilik kami.


Lepas je selesai game, kami terus ke dewan makan.

Makan disediakan disini Not Bad, sedap dan puas hati :)

lepas makan, kami terus masuk bilik , mandi, solat & rest.

then siapkan diri untuk GRAND DINNER di sebelah malam :)


masing masih sibok mencari tempat :)
cik Nad pulak perlu uruskan table/kerusi yang masih belom cukup untuk staff staff :)



ucapan dari Director :)


DINNER HAPPY ENDING :)

CALON SIMPANAN SPA : PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17


Buat sahabat2 cik nad, cik nad doakan moga kesemuan calon simpanan akan dilantik dalam tahun ini amin. 

memandangkan kekosongan yang banyak, semoga kekosongan itu lebih diberi peluang kepada calon calon simpanan semasa.

usaha :

SOLAT HAJAT
SOLAT TAHAJJUD
SOLAT DHUHA
RAJIN BUKA PAGE SPA UNTUK MELIHAT STATUS TERKINI

Status latest cik nad masih lagi, SIMPANAN LANTIKAN.