Thursday, June 25, 2015

RANKING BAGI CALON SIMPANAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17

Assalamualaikum wbt.

Anda salah seorang calon simpanan PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17??

jika ya, bolehlah login ke akaun masing masing dan lihat pada semakan. 

Di bahagian semakan telah diupdate keputusan terkini/status terkini.

yang asalnya Calon Simpanan dan telah bertukar ke SIMPANAN LANTIKAN.

SIMPANAN LANTIKAN ni pula ada tarikh Valid sampai bila. dan dari status inilah kita dapat semak ranking keberapa.


Contoh:

PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17

Tarikh tutup urusan : 31/01/2015
No. Urusan : ....
(CALON SEMENANJUNG)
Status urusan : SIMPANAN LANTIKAN (No.... daripada 1500 calon)
(TEMPOH SAH SIMPANAN SEHINGGA 07 JUNE 2017)

Haa, tarikh ini la valid simpanan admin. Ranking tak perlu share la. 


Apapon jangan putus berdoa. 

Kerana, pengambilan bukanlah semata mata mengikut urutan ranking. 


Monday, June 22, 2015

Seminar pengisian ramadhan,pulau pinang

🌸 Seminar Fiqh of Ramadhan 🌸

Kali ini Majlis Ilmu Pulau Pinang (MiPP) membawakan kepada anda sebuah program ala2 Daurah yang khusus supaya kita benar2 faham tentang misi mencapai Taqwa dari pensyariatan Siyam (Puasa) dan Ibadat Lain di Bulan Ramadhan

Sesuai untuk semua (Muslimin dan Muslimat )😊

Pengisian (Content) pada peserta :
1. Fiqh of Siyam
2. Fiqh of Qiamullail,Iktikaf dan Lailatul Qadr
3. Fiqh of Tarawih dan Witir
4. Fiqh of Al- Eid
5. Soal Jawab Puasa dan Zakat Istimewa bersama AJK Fatwa P.Pinang

Maklumat Program:
📅 27 Jun 2015,Sabtu
⏰8am-6.15pm
🏡 Dewan Seminar 1,Masjid Jamek Seberang Jaya,P.Pinang

✏Panelis :
1.Pencetus Ummah Shahul Hameed
2.Ustaz Syaffi Yusof Ghani
3. Ustaz Ahmad Husam Dato Badarudin
4. Ustaz Rosli Othman
5. Ustaz Fawwaz Mohd Jan

💚 Yuran Promosi :
👉 RM 30 Seorang
👉 RM 50 Dua Orang

🌟Daftar online : bit.ly/ramadhan2015
Atau
mesej/Whatsapp ke 011-12137493

~Jadikan Ramadan kita kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya~ 📞

Tempat Adalah TERHAD

Boleh disebarkan,Moga bermanfaat😊

Layari Facebook.com/majlisilmupulaupinang utk maklumat lanjut

Jazakumullahu khairan kathira

Wednesday, June 17, 2015

CALON SIMPANAN SPA

Tahniah! anda telah dikategorikan sebagai calon simpanan.
(mesti ada juga yang tengah menunggu lantikan tetap kan? insyaallah percaya kepada rezki, insyaallah akan ada rezeki kita dalam sektor awam, samada cepat atau lambat)


Apa itu Calon Simpanan / Simpanan Lantikan

Keputusan temuduga SPA dan keluar. Tapi status yang ditunjukkan adalah sebagai calon simpanan atau simpanan lantikan sahaja. "Eh, berjaya ke tak ni?" Mungkin ada di antara kita yang musykil dengan status tersebut. Di sini saya lampirkan beberapa Q & A yang boleh membantu anda.


Q: Apakah yang dimaksudkan dengan calon simpanan/ simpanan lantikan?


A: Calon simpanan ini adalah mereka yang tidak gagal dalam temuduga tetapi masih juga belum berjaya dilantik ke jawatan tetap. Boleh dianggap, sebelah kaki dah melangkah untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.


Q: Adakah saya dikira berjaya jika mendapat status sebagai calon simpanan ini?


A: Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga, tetapi menolak jawatan yang ditawarkan. Maksudnya, orang tersebut tak nak bekerja dalam sektor kerajaan walaupun dia dah berjaya temuduga.


Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon simpanan yang ada untuk menggantikan tempat mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Jika, calon simpanan pertama pun menolak juga, calon simpanan kedua akan dipilih.


Ada juga kes lain lain di mana calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: Terdapat keperluan kakitangan yang segera atau kekosongan jawatan oleh sektor awam, maka calon simpanan akan dipanggil untuk bekerja. Kes lain, jika ada permohonan dari Jabatan/Kementerian untuk pengisian jawatan maka SPA akan mengisi kekosongan tersebut dengan calon simpanan.


Q: Berapa lama tempoh calon simpanan perlu menunggu keputusan sama ada dilantik atau tidak?

A: Transformasi sebelum ini menyatakan bahawa mulai 1 Jun 2012 tempoh sah laku calon simpanan bukan lagi setahun, tetapi sehinggan calon dilantik tetap. Namun, transformasi tersebut telah dipinda pada Mesyuarat Bil. 23/2014 (2673) yang diadakan pada 20 Jun 2012 yang menyatakan bahawa calon simpanan akan dilantik tetap mengikut keperluan semasa dan tempoh had masa yang ditetapkan iaitu selama 2 tahun. Contoh, bagi status calon simpanan yang diluluskan pada 01/06/2014-30/06/2014, tempoh sah laku akan tamat pada 29/12/2016.


Q: Berapa cepat / lama calon simpanan akan diserap ke sektor awam?


A: Ada calon yang menunggu hanya sebulan sudah dipanggil untuk melapor diri bagi lantikan tetap tersebut. Ada juga selepas 3 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Dan ada juga yang memang tak dapat walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Semuanya bergantung kepada Rezeki.


Q: Bolehkah calon simpanan memohon pekerjaan lain di sektor awam, SPA?


A: Boleh, dan tiada masalah. Sementara menunggu keputusan tersebut, adalah lebih baik jika calon simpanan mencari peluang pekerjaan lain.Anda boleh menghadiri mana-mana temuduga yang diadakan oleh sektor awam mahupun swasta. Hal ini kerana peratusan peluang untuk diterima masuk ke sektor awam adalah rendah. Kadang kala, jika rezeki menyebelahi, anda akan mendapat jawatan lain di sektor awam. Kemaskini borang permohoanan SPA semula jika perlu.


Usah risau atau kecewa jika anda mendapat status sebagai Calon Simpanan. Itu juga merupakan satu kejayaan buat anda. Jika ada rezeki, sudah tentu anda akan dipanggil untuk melapor diri di Jabatan/ Kementerian dalam Malaysia. Jika tidak, bermakna ianya bukan rezeki anda. Sebaiknya, result 'calon simpanan' tersebut anda simpan baik-baik untuk rujukan pada masa akan datang. Sebabnya, anda boleh gunakan keputusan tersebut sekiranya dipanggil dalam interview lain. Masukkan result dalam fail untuk tatapan panel penemuduga. Mana tahu, ianya mampu mempengaruhi panel dan boleh menolong anda untuk mendapatkan jawatan tersebut ^__^

Friday, June 12, 2015

Ambang Ramadhan : Bersediakah kita??

Assalammualaikum wbt..

Segala puji bagi Allah yang menjadikan bulan Ramadhan lebih baik daripada bulan-bulan lainnya dengan menurunkan Al-Qur`an dan mewajibkan puasa bagi kaum muslimin & muslimat.

selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw  yang telah menyampaikan kepada kita tentang ibadah-ibadah dibulan Ramadhan dan memberikan contoh kepada kita bagaimana sebaiknya menghidupkan bulan bulan yang penuh baroqah ini.



Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasulullah  memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ, شَهْرٌ مُبَارَكٌ, كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ, فِيْهِ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةُ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. مَنْ ُحُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah  mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." HR. Ahmad dan an-Nasa`i.


Berikut adalah amalan-amalan yang dianjurkan di bulan Ramadhan:

  1. Puasa: Allah  memerintahkan berpuasa di bulan Ramadhan sebagai salah satu rukun Islam.

Firman Allah :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (QS. Al-Baqarah:183)


Rasulullah  bersabda:

بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةُ وَصَوْمِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ الْحَرَامِ.

"Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tidak Ilah yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah , mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan pergi ke Baitul Haram." Muttafaqun alaih.


Puasa di bulan ramadhan merupakan penghapus dosa-dosa yang terdahulu apabila dilaksanakan dengan ikhlas berdasarkan iman dan hanya mengharapkan pahala dari Allah, sebagaimana Rasulullah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah , niscaya diampuni dosa-dosanya telah lalu." Muttafaqun alaih.

  1. Membaca al-Qur`an: Membaca al-Qur`an sangat dianjurkan bagi setiap muslim di setiap waktu dan kesempatan. Rasulullah saw bersabda:
اِقْرَؤُوْا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي  يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ.

"Bacalah al-Qur`an, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya (iaitu, orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya). HR. Muslim.

Dan membaca al-Qur`an lebih dianjurkan lagi pada bulan Ramadhan, karena pada bulan itulah diturunkan al-Qur`an. 


Firman Allah :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (QS: al-Baqarah:185)


Rasulullah  selalu memperbanyak membaca al-Qur`an di hari-hari Ramadhan, seperti diceritakan dalam hadits Aisyah radhiyallahu anha, ia berkata:

وَلاَ أَعْلَمُ نَبِيَّ الله ِقَرَأَ الْقُرْآنَ كُلَّهُ فِى لَيْلَةٍ, وَلاَ قَامَ لَيْلَةً حَتَّى يُصْبِحَ وَلاَ صَامَ شَهْرًا كَامِلاً غَيْرَ رَمَضَانَ.

"Saya tidak pernah mengetahui Rasulullah membaca al-Qur`an semuanya, sembahyang sepanjang malam, dan puasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan." HR. Ahmad.


Dalam hadits Ibnu Abbas  yang diriwayatkan al-Bukhari, disebutkan bahawa Rasulullah  melakukan tadarus al-Qur`an bersama Jibril  di setiap bulan Ramadhan.

  1. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan solat Terawih berjemaah: Solat Terawih disyariatkan berdasarkan hadits Aisyah radhiyallahu anha, ia berkata :

"Sesungguhnya Rasulullah keluar pada waktu tengah malam, lalu beliau solat di masjid, dan solatlah beberapa orang bersama beliau.  Di pagi hari, orang-orang memperbincangkannya. Ketika Nabi mengerjakan solat (di malam kedua), banyaklah orang yang solat di belakang beliau. Di pagi hari berikutnya, orang-orang kembali memperbincangkannya. Di malam yang ketiga, jumlah jemaah yang di dalam masjid bertambah banyak, lalu Rasulullah  keluar dan melaksanakan solatnya. Pada malam keempat, masjid tidak mampu lagi menampung jemaah, sehingga Rasulullah hanya keluar untuk melaksanakan solat Subuh. Tatkala selesai solat Subuh, beliau menghadap kepada jemaah kaum muslimin, kemudian membaca syahadat dan bersabda, Sesungguhnya kedudukan kalian tidaklah samar bagiku, aku merasa khawatir ibadah ini diwajibkan kepada kalian, lalu kalian tidak sanggup melaksanakannya." Rasulullah  wafat dan keadaannya tetap seperti ini. (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Setelah Rasulullah wafat, syariat telah mantap, hilanglah segala kekhawatiran. Disyariatkan solat Terawih berjemaah tetap ada kerana telah hilang illat (sebabnya), kerena illat itu berputar bersama malul, ada dan tiadanya. Di samping itu, Khalifah Umar  telah menghidupkan kembali syariat solat Terawih secara berjemaah dan hal itu disepakati oleh semua sahabat Rasulullah pada masa itu. Wallahu Alam.

  1. Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadarlailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari pada seribu bulan yang tidak ada lailatul qadar dan pendapat paling kuat bahawa ia terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, yaitu malam 21, 23,25,27, dan 29. 
Firman Allah :
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌمِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (QS.al-Qadar :3)


Malam itu adalah penghapus dosa-dosa di masa lalu, Rasulullah r bersabda:

وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدَرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

"Dan barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul qadar semata-mata kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah , nescaya diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." HR. al-Bukhari.

Menghidupkan Lailatul qadar adalah dengan memperbanyak solat malam, membaca al-Qur`an, zikir, berdoa, membaca selawat. 

Aisyah radhiyallahu anha pernah berkata, Aku bertanya, Wahai Rasulullah, jika aku mendapatkan lailatul qadar, maka apa yang aku ucapkan? Beliau menjawab, Bacalah:

اَللّهُمًَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَفاَعْفُ عَنِّي
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Yang suka mengampuni, ampunilah aku."

Iktikaf di malam-malam Lailatul Qadar: Iktikaf dalam bahasa arab adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Sedang dalam istilah syarie, iktikaf berarti berdiam di masjid untuk beribadah kepada Allah  dengan cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syariat.

Iktikaf merupakan salah satu sunnah yang tidak pernah ditinggal oleh Rasulullah , seperti yang diceritakan oleh Aisyah radhiyallahu anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ اْلأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتىَّ تَوَفَّاهُ اللهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ.

"Sesungguhnya Nabi  selalu iktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan sampai meninggal dunia, kemudian isteri-isteri beliau beriktikaf sesudah beliau." Muttafaqun alaih.

Memperbanyak sedekah: Rasulullah  adalah orang yang paling pemurah, dan beliau  lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan. Hal ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas , ia berkata:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ, وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِى رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ ...

"Rasulullah  adalah manusia yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi di bulan saat Jibril  menemui beliau, …HR. al-Bukhari.

Melaksanakan ibadah umrah: salah satu ibadah yang sangat dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanakan ibadah umrah, dan Rasulullah  menjelaskan bahawa nilai pahalanya sama dengan melaksanakan ibadah haji, seperti dalam hadits yang berbunyi:

عُمْرَةٌ فِى رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً
"Umrah di bulan Ramadhan sama dengan ibadah haji."

      Demikianlah beberapa ibadah penting yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan dan telah dicontohkan oleh Rasulullah . Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang mendapat taufiq dari Allah untuk mengamalkannya agar kita mendapatkan kebaikan dan keberkahan bulan Ramadhan. Wallahu Alam.

Salam Ramadhan Kareem.. dari saya buat semua. 

p/s : bagi yang menetap di Pulau Pinang dan yang berdekatan seberang Jaya, Anda di jemput menghadari Fiqh Ramadhan pada 27 Jun 2015 di Masjid Jamek Seberang Jaya.

Fiqh Ramadhan

Panel Jemputan

Ustaz Rosli Othman
Ustaz Fawwaz Mad Jan
PU Shahul Hamid
Ustaz Syafii Yusof Ghani
Ustaz Ahmad Husam

Tarikh & Masa :

27/06/2015  8.30am-6.15pm

Tempat :

Dewan Seminar 1, Masjid Jamek Seberang Jaya

Yuran :

1 orang = RM30.00
2 orang = RM50.00

Anda Berminat? Sila Hubungi talian tertera / isi secara online seperti dibawah :

011 - 1213 7493 (hubungi talian ini)

http://bit.ly/ramadhan2015 (boleh isi di page ini)

p/s : Sijil Penyertaan akan diberikan.




Tuesday, June 9, 2015

Up & Down Hati Perempuan (Lelaki & Perempuan, berbeza)

Rabiatul Adawiyah(wali Allah) :

"Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu"

Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umumnya, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

– Cara berkomunikasi
– Cara berfikir
– Tahap kepekaan dan perasaan
– Tanggapan
– Tindakan dan perbuatan
– Kaedah mempamerkan kasih sayang
– Kehendak mempamerkan kasih sayang
– Kehendak dan pengharapan
– Cara mempamerkan penghargaan
– Cara dan tahap pengorbanan
– Cara dan daya khayalan
– Daya pengamatan dan konsentrasi
– Cara dan pengisian doa

PERBEZAAN OTAK WANITA & LELAKI :

Otak adalah suatu anugerah yang paling hebat diciptakan Allah. Mungkin perbezaan boleh dinilai melalui otak manusia dan otak haiwan. Sebagai manausia kita mempunyai minda/akal untuk berfikir dan bermuhasabah, berbeza dengan haiwan yang sentiasa kita lihat. Mungkin manusia ini di lihat dalam sudut kacamata lelaki dan perempuan. Mengikut kajian, lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan yang berbeza dihasilkan dari otaknya. Sedikit perkongsian perbezaan antara fungsi otak lelaki dan perempuan


Tugasan
Otak Lelaki

Proses otak wanita direka bagi menumpukan tugasan yang berganda di dalam sutu-satu masa. Sebagaimana contoh wanita dapt menonton TV, bercakap melalui telefon dan melakukan aktiviti memasak di dalam satu masa. Proses otak lelaki pula direka dengan cara memberi tumpuan hanya satu kerja pada satu masa.


Bahasa
Wanita mudah mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bahasa. Lelaki pula tidak mudah untuk mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan di dalam bahasa.


Analisa
Otak lelaki mempunyai banyak ruang untuk mengendalikan proses menganalisis sesuatu perkara. Mereka boleh menganalisis dengan cara mencari penyelesaian dan boleh merangka reka bentuk yang berbentuk kompleks. Otak wanita pula dapat memahami sesuatu rangka reka bentuk dengan mudah tetapi tidak dapat menganalisanya secara berfokus.


Memandu
Semasa memandu kereta, lelaki boleh memandu dengan keadaan laju kerana dia dapat melihat sesuatu objek pada jarak yang jauh dan serta-merta mengklasifikasi kelajuan objek/ kenderaan itu. Akan tetapi lelaki hanya boleh fokus pada suatu perkara sahaja seperti tumpuan pada memandu.Perempuan pula mengambil masa yang lama untuk mengetahui kelajuan dan arah sesuatu objek kenderaan. Walau bagaimanapun perempuan mampu untuk memberi tumpuan kepada perkara lain selain memandu.


Menipu
Otak wanita secara semula jadi dapat mengetahui 70% ekspresi wajah lelaki yang menipu , 20% pergerakan tubuh badan dan dapat mengetahui 10% apa yang keluar dari mulut lelaki apabila menipu. Otak lelaki pula tidak dapat mengetahui secara jelas apabila seseorang perempuan menipu. Akan tetapi lelaki mempunyai kemampuan untuk mencari helah menipu.



Otak Wanita

Menyelesaikan Masalah
Sekirannya seseorang lelaki itu mempunyai banyak masalah, mereka akan mencari jalan untuk menyelesaikannya dengan cara tersendiri dan akan bertindak menyelesaikannya satu demi satu. Sekirannya seseorang perempuan itu mempunyai masalah, mereka akan mencari individu untuk meluah dan akan menenangkan fikirannya dengan cara menyendirikn diri. Mereka akan menyelesaikan masalah apabila ada sesuatu panduan.


Apa yang Mahu
Lelaki lebih mahu kejayaan, penyelesaian masalah diri dan perkara yang diminati. Wanita pula mahu kepada hubungan, rakan dan keluarga


Tidak Puas Hati
Jika wanita tidak berpuas hati dengan hubungan, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerjaya.Jika lelaki tidak berpuas hati dengan kerjaya, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada hubungan.


Percakapan
Wanita menggunakan bahasa tidak langsung dalam ucapannya. Lelaki menggunakan bahasa langsung dalam ucapannya


Pengurusan Emosi
Wanita banyak bercakap tanpa berfikir. Lelaki pula bertindak tampa berfikir


Sentuhan
Wanita suka disentuh di dalam perbualan sosial sepertimana empat hingga enam kali sentuhan berbanding lelaki kerana perlukan belaian. Lelaki pula kurang menyukai kepada sentuhan sehinggalah lelaki adalah golongan paling ramai menghidap masalah jiwa.

Arah Tangan
Wanita mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membolehkan mereka melakukan kerja rumah. Lelaki pula selalunya hanya menggunakan sebelah tangan sahaja semasa melakukan sesutu kerja.


Kepintaran
Otak wanita bersaiz lebih kecil daripada lelaki. Akan tetapi wanita mempunyai kepintaran 3% lebih daripada lelaki. Lelaki pula mempunyai saiz otak yang besar dan mempunyai 4 bilion lebih banyak sel berbanding otak wanita


*Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan
contohnya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

*Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

*Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.

* Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

* Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

* Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
* Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

* Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

*Emosi lelaki lebih tenang dan tidak memikirkan keadaan yang bakal berlaku, manakala emosi perempuan lebih beremosi & memikirkan keadaan yang bakal berlaku, dan faktor rasa takut itu membuat perempuan mudah menangis tanpa sebab dan cemburu tanpa sebab, jika itu terjadi pada pasangan anda, bertuahlah anda kerana "WANITA ITU AMAT MENYAYANGI ANDA"

Friday, June 5, 2015

DIA LUPA... ALLAH ITU ADA...

Assalammualaikum wbt.

Disini saya ingin kongsikan kisah pengajaran tentang curang seorang suami terhadap isterinya.

Kisah ini telah menjadi viral di media media sosial, semoga pengajaran dari kisah ini para lelaki & wanita insaf & tidak melakukan perkara tersebut terhadap pasangan masing masing.

Sejujurnya, admin sendiri menangis teresak-esak membaca kisah ini. Allahurobbi hati mana yang tak terluka diperlakukan sedemikian. Tambahan pula suaminya merupakan kenalan sekolahnya dan mereka berkawan hampir 8 tahun sebelum mengikat tali perkahwinan.

Mungkin dia lupa.. Allah itu ada... 


Kisah ini dipetik dari facebook Hamba Allah yang ingin namanya di hidekan, tujuan utamanya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada kaum adam.


Hamba Allah ini cantik orangnya, masih muda 25 tahun, namun diuji dengan ujian yang pastinya tiada siapa pon tak akan sanggup untuk menghadapinya.

Mari kita hayati & mengambil pengajaran dari kisah ini...

Assalamualaikum..tolong hide nama saya. saya hanya ingin meluah dan berkongsi. saya ingin isteri isteri diluar sana beringat dan amik pengajaran..

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA

Saya dan suami Kenal dari zaman persekolahan lagi. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah. Siapa yang tak bahagia kan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.

Saya dikurniakan rezeki awal, saya bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah..

tp dia lupa,Allah itu ada..

x disangka2, Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali. sy stalk FB wanita tersebut. terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy. hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami. dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya.. 
tp dia lupa, Allah itu ada..

Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini.. Dan secara tiba2 dia kembali romantik.


tp dia lupa,Allah itu ada..


1malam, sy terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft - ......1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.


ya Allah.. terduduk sy semasa mendengar pengakuannya. Menangis, mengongoi...macam org gila. ya,macam org gila..

tp dia lupa,Allah itu ada.

Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu. tp tidak. sy terus ke rumah rakan. tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy balik ke rumah mertua. sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua).

Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..
Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dengan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bukanlah bekas kekasihnya. tp janda anak 4!


Ya Allah, saya br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.


Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..


Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah....berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!! 


Ketika itu, saya diam. setitik air mata pon tiada..saya pandang kosong suami saya. saya rasa cinta sy yg 8 tahun itu telah terkubur. saya diam sejenak. suami pula menanti jawapan. dia menangis.saya biarkan..baru menyesal mungkin? Saya peluk suami saya, saya bisik di telinganya..
 
'abg bertaubatlah,solat taubat banyak2. saya maafkan abang..dan saya tiada dendam dalam hati' suami pandang saya sambil menangis teresak esak dan bertanya adakah sy masih terima dia lagi..dan saya hanya mengangguk. 

Dia menangis sambil memeluk saya, cium saya..saya terus bangun dan berwuduk. ketika solat lah baru air mata saya jatuh..pada Allah saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu..hati saya tak tenang. saya  baca surah ar rahman. Tersedu sedu,sebak yg tak tahu nak dicakapkan.

Suami yang melihat turut menangis. dia tak sanggup tengok keadaan saya..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan saya. saya tak mampu untuk berkata kata ketika itu. saya hanya menangis dan menangis..

suami cerita, dia tak tahu kenapa dia boleh berubah sebegitu sekali. saya tanya apa yg kurang pada saya, dia kata tiada apa yg kurang. saya ada rupa. saya solat, saya taat pada suami. sy bekerja, sy dah bagi dia anak..sy tutup aurat. ape lg??

suami kata dia macam lupa diri..dia taktahu kenapa dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tapi perempuan itu ugut untuk beritahu dosa mereka pada sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.

Memang, sakitnya ya Allahhh.... Dia saja yang tahu. Saya hanya bertahan untuk sekejap. kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin marah. saya minta cerai pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tapi suami tak nak. dia kata mati hidup balik pun dia tetap tak akan ceraikan saya.

Pada saat itu saya kerap menangis..tambahan pula perempuan itu mengamuk  ngamuk pada suami dan saya..habis dia cerita semua yang saya tak tahu..yang amat menyakitkan. Perempuan tu hantar mesej pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Saya balas mesej ya dan nyatakan tiada apa yang belum selesai.

saya dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia balas dan kata tahniah kepada saya kerana bersuamikan ya. perempuan tu kata lagi,pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operation dulu.. 


Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit, suamiku curang...sedih dan pilu hati ni tak tahu nak khabarkan macam mana..


Siapa la yang tak marah..memang saya marah. tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan..saya minta suami untuk menghargai pengorbanan saya. saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada..macam macam suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk..


Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang..anak saya pon telah selamat lahir..kami cuba untuk lupakan segalanya. kami buka buku baru..suami pun dah berubah. sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf. saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dan saya ada Allah.


Mungkin ramai yang kata saya bodoh sbb saya bagi peluang. tapi bagi saya, lagi bodoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri..saya yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa,mungkin isteri isteri di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..


Sabar sahabat sahabatku, Allah itu ada..kita kena percaya qada' dan qadar. Kuat lah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..

yakinlah, ALLAH ITU ADA


Allah.. Allah.. Allah..