Thursday, July 9, 2015

Cara buat tudung ikut kesesuaian diri "SAVE YOUR MONEY"

Assalammulaikum wbt.

Haa, hari ni MLQ nak share pasal macam mana  nak save money dengan kita beli sendiri kain & buat sendiri tudung kita.

kelebihan : jimat duit (untuk beli yang berkualiti), ikut kesukaan kita & kesesuaian kita.


Bahan Bahan yang perlu ada :

1. Kain yang korang minat (chiffon ke, georgeous glitter ke, dll)

Peringatan

bagi yang memakai tudung biasa saiz/bidang 45' (1 meter sahaja)

bagi yang memakai Tudung bidang 55' & 60' (1 meter setengah)

bagi yang nak labuhkan lagi dari saiz bidang 60' (2 meter)

* sebab tu bila kita lihat tudung yang makin besar makin mahal, sebabnya makin besar kain yang digunakan :)


2. Gunting Tajam (Baru la nanti potong kain tu tak ler senget mek nget)

3. Tudung Ukuran / contoh.


ini je? aah ini je. tapi banyak step la korang kena bersabar :D



Langkah 1

bentangkan kain yang dibeli tadi (lipat dua) (so akan jadi segi empat tepat)

*lipat 2 tudung yang dijadikan contoh, pastikan kedudukan yang tepat & sama.

gunting ikut contoh tudung tersebut (pastikan ada lebihan 1 inchi dari tudung asal)

(biasanya 1 meter bagi chiffon cuma RM6.80, 1 Meter bagi georgeous glitter RM10.20)


Langkah 2

setelah siap dipotong, pastikan garisan kemas dipotong, (jika ada lebihan yang ketara, potong sehingga sama)

* semasa potong bahagian bucu hujung tudung tu, boleh dipotong curve/petak mengikut citarasa masing masing 


Langkah 3 

Jahit tepi(kecil) mengikut warna citarasa anda. 

*boleh jahit tepi sendiri (jika ada mesin jahit tepi)

*boleh bawa ke kedai (bagi yang tiada mesin)

(kos jahit tepi kecil ni mengikut saiz tudung, biasanya kos bagi tudung bidang 60' RM 3.00 sahaja)


dah siap jahit tepi tu, 


Taraa, siap la jawapannye, dah boleh pakai. 


perbezaannya harga beli dari orang lain RM40 keatas bagi material yang elok macam ni.

tapi hasil tangan sendiri cuma RM16.20 + 3.00 = RM19.20 (bagi bidang 60')


Maaf admin tak dapat upload gambar untuk mudahkan kefahaman korang. tapi, insyaallah banyak lagi MLQ update okay ;)





3 comments:

  1. Tq.. boleh bagi pendapat tak jenis kain yg sesuai utk buat tudung yg senang bentuk, berat dan x jarang?

    ReplyDelete
  2. 1 meter tu dapat 2 helai ke untuk bidang 45?

    ReplyDelete