Thursday, April 30, 2015

Qu puteh versi kanak kanak



This My nephew Alishanni Maisarah namanya. 

hobinya ikut trend semasa, dulu dulu asyik dok ikut 

" Cantik tak kak ton"

Kini 

"Qu puteh, Qu puteh, baru la putih"

(memang jenis suka ikut orang la budak ni. Hee)


kalau dia dah boring, dia menyanyi pulak lagu 

"sakitnya tuh disini.."


memang superb la budak budak sekarang, super advance :D

Tuesday, April 28, 2015

TIPS TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN 2015

Bismillah..

Nama : ana althafunnisa' (bukan nama sebenar)
Tarikh temuduga : 27/04/2015
Tempat temuduga : Komtar, Pulau Pinang
Masa : 8.18 Pagi



Detik dan saat ni hati ni gementar , seram sejuk semua ada kan. tapi berbekalkan ilmu, usaha, dan doa, perlu lalui temuduga ini dengan yakin diri. 

ingatlah " Jika ditakdirkan ini adalah hak kita, yakni kerja ni adalah yang terbaik buat kita, nescaya Allah swt akan permudahkan urusan kita dan anda akan merasa anda telah menjawab temuduga tersebut dengan sebaiknya. Tetapi jika sebaliknya, Yakinlah Allah swt merancang yang lebih baik untuk diri kita dan Kerja yang lebih baik dari ini Allah swt sedang aturkan untuk kita, cuma masanya belum tiba."


Bermulanya dapat tahu dipanggil temuduga :

" Syukur Alhamdulilah. ana suka jawatan ni!! dah lama tunggu jawatan ni tapi tak pernah melepasi syarat, tapi kali ni melepasi syarat semasa. alhamdulillah."


20/04/2015

 - Mula berusaha mencari maklumat dan tips tips yang berkaitan jawatan

- melihat semula panduan kursus memasuki perkhidmatan awam

- mencari info di laman2 jabatan/kementerian dll

- ilmu yang masuk hari ini tentang (tugas pembantu tadbir kewangan, integriti, SPA, Akaun Akruan)


21/04/2015

- mula menyediakan resume yang bersesuai dengan jawatan ini

- Fotostat & mendapatkan cop pengesahan

- ilmu yang masuk hari ini pula (GST, integriti, Panjar, Menteri2 penting)


22/04/2015

- order name tag (sebab name tag lama semua dah hilang dah)
- ilmu yang masuk hari ni pula (Carta organisasi pelbagai jabatan/kementerian, Pekeliling 2015, Kesan GST)


23/04/2015

- Tengok2 baju yang nak pakai nanti, boleh ke tidak/ bersesuaian ke tidak.

- ilmu yang msuk hari ni ( NKRA & Huraian Nkra, konsep 1 Malaysia, Organisasi SPA, JPA, KKM(Kesihatan), SPP, KKM(Kewangan) dll)

24/04/2015

- Fokus Kepada soalan2 umum yang akan disoal, contohnya pengenalan diri, pengalaman dan lain lain
- ilmu yang masuk hari ni (Akta Acara Kewangan 1957 , kumpulan wang yang disatukan, dll yang berkaitan)

25/04/2015

- Jam 10.30 pagi bergegas ke library utk study tentang Akta Acara kewangan 1957
- memulakan proses menghafal & soal jawab
- berbekalkan Surah Al waqiah & Surah Al qasas sebagai iringan


26/04/2015

- Bergegas ke library 10.30 pagi utk study Akta Acara kewangan 1957
- memulakan proses menghafal secara menyeluruh
- malam : iron baju, sediakan dokumen & keperluan, tengok tv. (malam sblm interview tak perlu push otak lagi, nanti akan blur. jadi tido awal, dan bc surah al waqiah sebelum tidur)

27/04/2015

Mulanya niat nak driving sampai ke komtar, memandangkan 6.30 baru berada di seberang jaya, jadi terpaksa naik feri sebab takot sangkut jem, jadi (jauhnya nak berjalan ke tempat feri tu, kesian mak sebab mak ikut sekali) naik feri then elok smpai dekat atas kat kaunter masuk feri, mula cari purse, cari2 takde. (alamak, baru la teringat tertinggal dalam kereta, dekat handbrek plak tu, pastu ada duit letak tengah2 tu. Allah dalam hati ni tuhan saja yang tahu betapa risaunya keadaan keselamatan kereta, memandangkan jam dah pukul 7. interview pukul 8.18 tapi masih di butterworth.

Nak dijadikan cerita mula nekad nak jalan jauh2 turun semula utk ambil purse, dan duit, tapi mak sy cakap " adik, dah lewat ni, nanti nak naik semula tak sempat dah, lagipon dah lewat"

sy jadi serba salah risau kereta org pecahkan tingkap atau something.

tapi, memandangkan fikirkan masa interview, terpaksa berserah " Bismillahhitawakkal tuallah" hanya kepadamu aku berserah, dan hanya kpdMu aku bertawakkal.

Jadi saya nekad teruskan perjalanan, naik feri, sampai jeti, cari bas ke komtar, naik bas pulak (Bas rapid kena sediakan duit kecik), alamak mak pulak takde duit kecik, rm50 je ade, nak pergi tukar memang tak boleh dah sebab bas dah jalan, duduk atas bas tu mula la mintak tukar duit kecik dr org2 yang ada dalam bas tu.

Alhamdulilah, sorang hamba Allah ni die ada duit kecik, jadi dia beri tukarkan, then elok smpai komtar, nak bayar duit tambang tadi, driver bas tu cakap " Xpela dik, xpayah la, abg belanja."

Terima kasih. pertolongan Allah.

sampai je komtar, naik tingkat 47 bilik temuduga 2,

mulanya sy pergi kemaskan diri dlu, ibu sy bacakan surah di ubun2 sy dan mintak restu dari ibu sy.

then, sampai ke bilik temuduga, nampaknya takde sapa sapa lagi yang datang, saya yang pertama.

jadi, memandangkan masa saya datang urus setia masih belum datang, jadi penemuduga meminta temuduga dijalankan terus.

silakan Masuk calon pertama Nur...

Penemuda A(Lelaki) : lama awk dah tunggu? pukul berapa awk smpai?
sy : baru 10 min/20 min macam tu. saya sampai tadi pukul 8 pagi. (jam menunjukkan sekarang pukul 8.20)

Penemuduga A(Lelaki) : dalam surat sepatutnya awk hadir pukul berapa?
sy : sepatutnya saya hadir 8.18 pagi.


Penemuduga B(Perempuan) : Okay. Puan sila terangkan serba sedikit tentang diri Puan.
sy : terangkan tentang nama, asal, umur, lulusan, pengalaman, pekerjaan sekarang, sumbangan.

Penemuduga B(Perempuan) : boleh Puan terangkan serba sedikit tentang tugas Puan sekarang?
sy : sy terangkan semua tugas2 dan skop kerja saya.

Penemuduga B(Perempuan) : sudah berkahwin atau masih bujang?
sy : sy terangkan status sy sekarang.

Penemuduga A(Lelaki) : Okay, tadi awak ckp tugas awk ada melibatkan invois, adakah itu merupakan salah 1 tugas awk?
sy : sy terangkan tentang tugas tambahan yang perlu saya pertanggungjawabkan.

Penemuduga B(Perempuan) : Okay boleh awk terangkan Asas perakaunan yang di amalkan di Malaysia?
sy : sy terangkan tentang asas akruan 2015 yang menjadi asas perkaunan masa kini dan Asas Tunai sebagai asas perakaunan sebelum ini.

Penemuduga B(Perempuan) : Okay, boleh awak terangkan perbezaan Asas tunai dan Asas Akruan?
sy : sy terangkan tentang asas tunai dan asas akruan, dimana asas akruan lebih mengiktiraf aset, liabiliti.

Penemuduga A(Lelaki) : Silakan terangkan tugas jawatan temuduga awk sekarang
sy : sy terangkan tentang 6 desripsi tugas ptw yang terdapat di laman spa.

Penemuduga A(Lelaki) : Panjar ni ape?
sy : wang pendahuluan yang diberikan atas ketetapan dan syarat syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa.

Penemuduga A(Lelaki) : Panjar ni wang pendahuluan je? ada berapa jenis?
sy : melalui sumber yang sy dapat, panjar ada 5 jenis, panjar gaji, panjar seperduabelas, Panjar unit & Panjar wang runcit, Panjar khas

Penemuduga A(Lelaki) : Okay, kalau sy jadi bomba, sy keluarkan duit saya dulu, kemudian saya claim, adakah dikira panjar? (soalan penyelesaian masalah ni)
sy : melalui pemahaman sy panjar ni wang pendahuluan, setiap jenis panjar akan terdapat perkataan wang pendahuluan, dimana merupakan fakta terhadap panjar, jadi bagi pendapat saya, bagi soalan encik itu tidak merujuk kepada panjar sebaliknya kepada tuntutan.

Penemuduga A(Lelaki) : apa pandangan awk jika awk diberi tugas yang lain berbanding tugas yang ditetapkan?
sy : Merujuk kepada tanggungjawab ptw adalah membantu pengurus/penyelia dlm urusan kewangan bagi melicinkan dan memudah sesuatu kerja berjalan dengan lancar, oleh yang demikian, saya yakin dengan tanggungjawab yang perlu saya jalankan mengikut arahan pengurus/penyelia saya.

Penemuduga B(Perempuan) : Okay, saya nak uji sedikit tentang Pengetahuan am Puan. Siapa Ketua Setiausaha Negara ?
sy : Tan Sri Dr.Ali Bin Hamsa 

Penemuduga B (Perempuan) : Okay. saya rasa ini adalah soalan terakhir bagi sy, apakah kelebihan SPA?
sy : sy terangkan tentang kelebihan dan kemudahan yang diberikan. tentang elaun, tentang kesihatan dll. disamping sy menambah supaya bakat yang terpendam dapat sy manfaatkan kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Penemuduga A (Lelaki) : awk anak keberapa? berapa adik beradik?
sy : sy anak bongsu daripada 7 adik beradik.

Penemuduga A (Lelaki) : awk anak bongsu, selalunya anak bongsu ni memang susah mak ayah awk nak lepas, apa pendirian awk Jika awk di tempatkan di kawasan pendalaman dan jauh dari keluarga?
sy : Pendirian diri sy, sy menerima dimana sahaja sy ditempatkan kerana dimana saya ditempatkan untuk bekerja adalah merupakan tanggungjawab saya untuk melaksanakan dan mematuhi syarat yang ditetapkan dan keluarga saya juga sentiasa menyokong dalam urusan kerjaya saya dimana sahaja saya ditempatkan.

Penemuduga B (Perempuan) : Okay, ada apa apa soalan?
sy : adakah jawatan ini tetap atau kontrak?
Penemuduga B(Perempuan) : mengikut prosedur jawatan ini adalah tetap, tetapi bergantung kepada prosedur dari masa ke semasa.

Penemuduga : Okay baiklah. terima kasih kerana hadir temuduga ini dan selamat maju jaya. 
Sy : Terima kasih Tuan/Puan kerana berikan sy peluang untuk menemuduga. 


Done . Bismillahitawakkal Tuallah. sy dah usaha, dan sekarang cuma perlu berdoa dan bertawakkal.
saya ucapkan Selamat maju jaya kepada sahabat sahabat yang bakal temuduga pada masa yang berikutnya. 

Tidak akan ada kejayaan tanpa usaha. dan tidak akan ada kejayaan tanpa restu ibu bapa. dan tidak ada kejayaan melainkan pertolongan Allah swt.


"Sesungguhnya hanya kepada Allah swt aku berserah, dan hanya kepada Allah swt aku bertawakkal"


Tips Rohani (Bagi umat islam) 

Sebelum study

* Baca surah al qasas ayat 24 (untuk menghindar dr kekafiran)
*Solat hajat, Solat Taubat, bc Surah al waqiah sebanyaknya
*bc doakan penerang hati

Lepas study

*baca doa mohon kefahaman.


Sebelum masuk bilik temuduga untuk hilang gemuruh 

*selawat sebanyaknya
* surah al fatihah
* Allahulatifun bii'badihi yarzukumai ya sya' wahuwal aliyul azim


bagi yang memerlukan nota bentuk pdf dan nota ebook dan nota2 penting yang saya cari, insyaallah akan diupdate next post. bagi yang memerlukan dalam keadaan segera boleh leave email anda di ruang comment.









Thursday, April 16, 2015

Era Kini : Adakah kita dikelilingi insan yang mementingkan darjat?


Assalammualaikum wbt.

Adakah kita dikelilingi insan yang mementingkan darjat?

Mungkin Ya. dan Mungkin Tidak.

Ada sesetengah pihak yang beruntung dan ada sesetengah pihak teruji.

kalau macam keadaan sekarang kita boleh compare berbeza dengan dulu kala.

Kalau dulu, orang tua tua suka yang " Tangan Kasar" (Ni Atok saya yang paling pantang and paling penting sekali dia akan make sure tangan bakal menantu dia tu kasar, kalau pandangan orang tua dulu dulu ni tangan kasar ni Rajin )

compare dengan sekarang, mgkin ada lagi orang kg yang masih amalkan camni, tapi sesetengah nak yang tangan lembut sebab cantik. (Ni yang boleh kita nilai sebagai memilih, nak cantik jer semua, nak perfect jer smua, mane la ada manusia yang perfect, masing masing ada kekurangan dan kelebihan masing masing)


Dan kalau dulu, taraf dan kedudukan bukanlah keutamaan, tapi adab dan akhlak jadi keutamaan (Bak kata orang tua tua, xtinggi mana pelajaran takpe yang penting ada adab. Jangan berpelajaran tapi balik jadi macam Si Tanggang)

Tapi, cuba compare keadaan sekarang, kalau Adab dan akhlak takde pon takpe lagi asalkan ada Pelajaran, sampaikan kurang ajar macam mana pon orang tak akan nampak silap.


Lagi 1, Bila dulu, lelaki yang bertanggungjawab atas wanita, semua pasal kerja atau ape yang ada tak dipersoalkan, terus dijadikan isteri atas titik peluh suami.

tapi sekarang, masa merisik pon orang dah sibok tanya, Perempuan kerja apa? Belajar Universiti Mana? Pangkat apa? dekat mana?

sewajarnya tak perlu pon dipersoal semua itu jika tanggungjawab terletak diatas pihak lelaki. soalan itu memang wajar di soal untuk pihak lelaki, kenapa? sebab pihak lelaki yang akan mentadbir keluarga yang bakal dibina itu, bukannya wanita. Kerana setinggi mana pon wanita, alih alih kena ke dapur juga. 


Banyak lagi sebenarnya yang menjadi perbezaan yang sangat banyak. tapi zaman sekarang semuanya meletakkan Harta no 1 berbanding agama . :( 

Sekarang, kalau ada Harta orang sanjung, kalau takda orang hina. (Kesian tengok orang orang yang dihina sebab kekurangan nikmat yang Allah swt uji. Setiap orang ujian berbeza beza, ada yang diuji dengan kekayaan, ada yang diuji dengan kesusahan dan lain lain)

Apa pon moga moga Allah swt pelihara kita dari jumpa orang yang mementingkan darjat macam ni, dan kalau kita berjumpa pon harap harap Allah swt berikan petunjuk kepadanya.




Friday, April 3, 2015

TIPS TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN AMBILAN JULAI 2015

Assalammualaikum wbt.

Salam Jumaat. Salam penghulu segala hari.

Alhamdulilah. Allah swt masih memberi kita peluang untuk bernafas dan berhijrah ke jalan yang lebih baik insyaAllah..

Baru baru ini diketuk lagi dengan panggilan temuduga bagi latihan separa perubatan. 

Tapi, untuk kali ni saya menarik diri untuk pergi pada hari temuduga tersebut kerana Ibunda saya yang tidak izinkan. Jadi, yakin dengan kuatnya hati seorang ibu yang melahirkan dan mendidik saya, jadi saya menarik diri untuk mengikuti temuduga ini. 

Yakinlah, redha Allah swt itu daripada redhanya kedua ibu bapa kita. Insyaallah akan ada rezki yang lebih baik suatu ketika nanti. Amin ya Robb.

Bagi yang akan mengikuti temuduga April dan May ini, saya ucapkan selamat maju jaya, Moga berjaya dalam temuduga tersebut.

Sedikit Tips yang ingin saya kongsikan daripada Kursus memasuki perkhidmatan awam adalah seperti berikut : -

PERSEDIAAN HARI TEMUDUGA

a) Lelaki : Kemeja Putih , Name Tag, Seluar Slack Hitam, Kasut hitam tertutup.
Perempuan : Baju kurung berwarna ceria / Putih (Kemas), Professional-mengikut sahsiah rupa diri, Kasut tertutup bertumit 2 inci. Tudung. (DILARANG MEMAKAI SHAWL)

b) Bila loceng bunyi, ketuk pintu (tunggu penemuduga cakap "Masuk") (Ketuk jangan melebihi 3 kali)

c) Masuk > Salam dengan penemuduga > bagi fail dan berdiri di kerusi (jangan duduk selagi tak dibenarkan duduk) > bila penemuduga dah cakap "duduk" baru la duduk.

d) Perlu yakin. pastikan menjawab soalan dan bukan huraian soalan.

e) duduk tegak. jaga disiplin. 

f) Pastikan datang awal.


PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA

a) make sure dah pergi cek ketinggian dan berat. BMI mesti normal (bukan juga 1 kewajipan, tetapi BMI ini menunjukkan samada kita mempunyai kesihatan baik ataupon tidak, kerana prinsipnya adalah " Kalau kita nak jaga orang, kita pon kena sihat dulu") lepas jer saya pergi kursus tu baru saya tahu kepentingan BMI dalam temuduga ni, tapi jika BMI tak normal, dapat jawab temuduga dengan baik, itu juga melayakkan seseorang itu lulus temuduga tersebut.

b) Pastikan Borang tambahan yang disediakan di portal di "Print" dan di isi dengan lengkap, serta membawa Sijil sijil yang berkaitan, serta Resume.

c) Banyakkan membaca info info kesihatan, contohnya " cara menangani stress" " penyakit penyakit yang kronik" dan lain lain yang boleh di rujuk ke page e kesihatan yang di sediakan oleh kementerian kesihatan malaysia.

d) Ingat nama2 penyakit dan vaksin.



Okay, maaf saya kesuntukan masa (nak sambung kerja), jadi bagi yang nak dapatkan nota pasal penyakit dan panduan SPA boleh tinggalkan email dibawah, insyaallah nanti saya emailkan nota. Hanya ini saja yang saya mampu menolong. Sekian, selamat maju jaya :)