Friday, July 29, 2016

ROUTE TO IMPROVE MY SELF QUALITY ! 2016

"ROUTE TO IMPROVE MY SELF QUALITY"

okay hari ni Cik Nad nak share sikit bila mindset cik nad bertukar nak improve & berdisiplin macam form 4 dulu :D mood memang baik nak improve my self ni ! fulamak tetiba ada pulak mood nak menulis hari ni, jadi cik Nad nak share sesame dengan hampa :)

bagi yang nak join admin untuk "route improve my self" ni boleh mulakan dari 1st August 2016 ni ! hasilnya kita akan share setiap bulan hasilnya ! :D bagi yang berjaya hingga ending this year, Cik Nad nak bagi reward kat hampa. jom join !! yang nak join hampa tinggalkan email di ruang komen. 

FIZIKAL

💕 Consume atkins diet 
💕 75kg to 50kg (want to loss 25kg in 5 month)
💕 use traditional item for facial (Nanti Cik Nad Share)
💕 beauty all body 

(amboi, banyak betul target kan? cita cita mesti ada biarpon belum bermula ! :D ) 


ROHANI (bagi Muslim)

💕 Solat Wajib full (jangan skip2 - awalkan)
💕 Solat Taubat sebelum tido
💕 Solat Tahajjud & Solat Hajat
💕 baca Alquran & Tafsir Selepas solat maghrib sementara menunggu waktu isyak
💕 Banyakkan Sedekah 
💕 Banyakkan bacaan & Zikrullah jauhi sihir

(Haa, ni la target cik Nad nak achieve)


Okay, now berbalik kepada target Cik Nad, kalau bagi hampa yang bekerjaya macam Cik Nad mesti hampa buntu jugak kan, macam nak archieve target yang macam macam ni  😁

firstly, kalau hampa bekerjaya macam Cik Nad hampa betul betul kena consume struggle betul lah, sebabnya situasi di office ni ramai betul yang akan ganggu sistem improvement kita (tambah2 nak diet, lagi lah depa seronok nak kacau kita punya sistem diet)

Haa, macam Cik Nad Kerja bermula 8pagi hingga 6petang so, waktu bekerja ni mcam macam lah lapar itu ini, haa nak dijadikan cerita, kalau hampa nak consume diet atkins ni kena rajin rajin la bangun masak & buat bekal sendiri. 

Haa, bagi yang nak mula 1st August ni mindset pastikan dah bersedia dah eh untuk lalui liku liku sebelum kurus ni hehe :D baik untuk fizikal, mental & rohani :D 

CONTOH TIMETABLE WORKING DAYS CIK NAD

6.00 pagi : Prepare sarapan 
(Telur dadar 2bj/roti sardin 2/ayam bakar 2 ketul/2 sosej & roti/Sosej + green tea)
6.30 pagi : Mandi & Solat & Siap2 
7.35 pagi : Pergi office 
12.30 tengahri : Makan
(2ketul ayam goreng sawi/1 mgkuk sup ayam daun sup/2 ekor ikan + sayur sawi/2 biji telur rebus + kangkung/ Sosej goreng 4 ketul + sayur) 
6.20 petang : Mandi
6.35 petang : Makan/Tak Makan. 
                      Minum (Green tea )
7.00 petang : Rest & Yoga/Pergerakan ringan.
7.30 Malam : Solat Sunat , Solat Maghrib , Baca Al quran & Tafsir, Solat Isyak 
9.00 Malam : Tengok Tv/Baca Buku/Update Blog/Handphone
10.40 Malam : Iron Baju/Prepare Pakaian Kerja 
11.30 Malam : Tidur 
  

CONTOH TIMETABLE WEEKDAYS CIK NAD

6.30 pagi : Solat 
6.50 pagi : Makan (Sosej Goreng/Telur dadar)
7.45 pagi : Exercise 1 hour (Sit Up/Aerobik)
8.50 pagi : Solat Dhuha
9.00 pagi : Cuci Kereta & Kemas Rumah & Bilik
10.30 pagi : Mandi 
11.00 pagi : Masak 
12.30 tengahri : Makan (Ayam bakar 2 ketul/Sup Ayam)
1.30 tengahri : Solat Zohor & Baca Al mathurat
1.45 tengahari : Qailullah (Tidur berkualiti yang disarankan Rasulullah - terbaik selama 15 minit)
3.00 petang : Bersiar/Riadah dengan keluarga/Baca Buku 
6.00 petang : exercise 
6.30 petang : Mandi 
6.35 petang : Makan/Tak Makan.
                      Minum (Green tea )
7.00 petang : Rest & Yoga/Pergerakan ringan.
7.30 Malam : Solat Sunat , Solat Maghrib , Baca Al quran & Tafsir, Solat Isyak
9.00 Malam : Tengok Tv/Baca Buku/Update Blog/Handphone
11.30 Malam : Tidur

Taraa sekian saja timetable Cik Nad :) Hampa boleh nak follow 100% atau hampa arrange timetable hampa, share dengan Cik Nad. apa pon hampa tinggalkan email di bahagian komen nanti Cik Nad reply email hampa 😍

TIADA LAGI HARAPAN CALON SIMPANAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17

Hai Korang ! Lama betul admin tak update page ! al maklum lah sibok sikit dengan kerja 2 3 hari ni :D

haa, sini admin nak share tentang calon simpanan Pembantu Tadbir W17 yang akan tamat 2 ogos ini. nampaknya tiada lagi lah harapan untuk kita berharap dapat jawatan tersebut.

admin ada juga terima maklumat yang jawatan tu dibekukan buat sementara waktu, 
dan kini jawatan semuanya dah ada rombakan, kalau hampa perasan cuba hampa tengok gred 17 semua dah bertukar ke Gred 19. 

jadi lulusan SPM memang takda lagi harapanlah. 

gred 19 sekarang memang fokuskan kepada student diploma & degree. Mungkin sesetengah jawatan je masih belum bertukar. 

apa pon selamat maju jaya kepada semuanya. InsyaAllah rezeki kita akan ada, cuma cepat atau lambat je :)

yang penting, redha Mak Ayah tu dalam genggaman kita, sebabnya redha Allah tu terletak pada redha Mak Ayah kite.