Wednesday, July 1, 2015

Persediaan Hari Raya 2015

Assalammualaikum wbt...

Haa, cakap pasal Persediaan Hari Raya ni ape Plan & barang barang yang korang dah prepare??

Haa. semestinya ada yang suka shopping Last Minute, ada yang suka shopping awal kan?

tapi Ms memang suka shopping awal, sebab dapat arrange budget budget pada hari raya nanti.

Antara persediaan Raya yang Ms dah buat : 

May 2015 

* Tempahan Baju Kurung (Saiyidah Collection, Kroh) 

1 kuning bunya2 putih (Kedai Kain Lim, Lunas)
1 kuning bunga2 pink(Kedai Kain Lim, Lunas)
1 kuning plain (Kedai Kain Lim, Lunas)
1 hijau kekuningan (Permatang Tok Mahat)

* Tudung Akel Plain Kuning (Gedung haji & Umrah, Alor Setar)

*Tudung Roselle Turqoise Tone (Gedung haji & Umrah, Alor Setar) tajaan Encik Mimpi

*Abaya Arabic Jubah (Abaya Pesona) tajaan Encik Mimpi

* Kasut Dapper Kuning (The Store, Sungai Petani)

* Handbag Pudini Kuning (The Store, Sungai Petani)

kesimpulannya tema tahun ni Ms pilih warna kuning :)

Haa, kenapa Ms beli banyak kain dekat Kedai Kain Lim, Lunas tu? 

Sebabnya kedai tu merupakan kedai pemborong jadi harga lebih murah 2x ganda daripada kedai kedai lain.

Harga kain yang sama di pasaran RM60/RM50, tapi di kedai kain Lim cuma RM 23.00.

dan kalau promosi besar besaran boleh dapat harga serendah RM 15.00 pada kain yang berkualiti,



Haa, bagi yang nak mencari kedai ni, ni la rupa Kedai Lim, Lunas Kedah.. Bersebelahan dengan Car wash & dekat je dengan susur keluar lunas :)



Haa. Ni la Kain yang dibeli dari Kedai Lim, Lunas. Material yang berkualiti & puas hati :) 

Tudung Pulak dari Gedung Haji & Umrah, Alor setar kedah. (brand: akel plain)



Haa, ni la baju raya Pertama Ms, Kain dari Kedai Lim, Lunas

Tudung dari Alor setar Kedah



Tudung Akel Plain Kuning (Gedung haji & Umrah, Alor Setar)

*Tudung Roselle Turqoise Tone (Gedung haji & Umrah, Alor Setar) tajaan Encik Mimpi


Haa, bagi penggemar Tudung Akel bidang 50, 55, 60 boleh la pergi ke Alor setar, boleh kunjungi kedai kedai haji & umrah, Pasar Rabu dll yang confirm tudung akel berlambak lambak.

Memandangkan masa Ms pegi ni Pasar Rabu tengah renovate, jadi kena la cari kedai2 haji & umrah yang bertentang dengan pekan rabu tu.

Tudung Akel RM 27.00
Tudung Roselle RM 25.00

p/s : kalau pegi pekan rabu lebih murah, boleh dapat serendah RM 20/RM23.


*Abaya Arabic Jubah (Abaya Pesona) tajaan Encik Mimpi


Haa, pasal abaya ni tak jangka nak beli pon sebenarnya, sebabnya abaya jubah kan mahal, memang takde la nak belinya. 

Tapi memandangkan dah Taukeynya dari Arab, memang dapat la harga serendah RM150.00 fullset dengan shawl (Shawl kecik je) & purdah.

Itupon sebab Encik Mimpi bermurah hati nak belikan untuk raya, alhamdulilah terima kasih ye Encik Mimpi :)

Kasut Dapper Kuning (The Store, Sungai Petani)

Haa kebetulan masa Ms pegi tu memang ada sales, so alhamdulilah la harga boleh la. 

Kasut Branded ada 70% less. so untuk kasut Ms beli ni after less dapat la 65 ke bawah.


Handbag Pudini Kuning (The Store, Sungai Petani)

Handbag pulak bergantung kepada brand, macam yang Ms beli ni ada Less 60% sahaja.

Harga Asal ....



JUN 2015

*Tudung Satin (Pekan Ahad, Padang Serai) Tajaan by Ayoh

*Jubah Satin (Megamall, Perai)

*Instant Shawl (Aeon Big, Seberang Jaya)

*Tudung Labuh georgous glitter (Handmade)

*Blouse Polkadot (Karnival Riang Ria Raya, Kubang Menerong)

*Telekung Plain Purple (Karnival Riang Ria Raya, Kubang Menerong)



*Tudung Satin (Pekan Ahad, Padang Serai) Tajaan by Ayoh

Haa, bagi yang berminat tudung Satin bidang 60 tu boleh la beli di sini, banyak warna ada & dialu alukan bagi yang nak kirim untuk beli :)

Harga : RM20.00 sahaja 


*Jubah Satin (Megamall, Perai)

Haa, bagi yang berminat Jubah satin berkerawang semua cukup di tangan, boleh dapatkan di Megamall, Perai ground floor.

Harga : RM 70.00 sahaja


*Instant Shawl (Aeon Big, Seberang Jaya)

Instant Shawl bunga2 chiffon material.

Harga : RM15.00 sahaja


*Tudung Labuh georgous glitter (Handmade)

Haa, kain ni memang superb la nak bagi 5 bintang sebab tak jarang, senang bentuk, menutup aurat & boleh buat pelbagai. :)

Ms beli kain ni untuk buat tudung Koshibo & Tudung 4 segi semi curve :)

Sape yang order by my handmade boleh tinggalkan di ruang komen :)

harga bidang 45 : RM20
harga bidang 55 : RM 25
harga bidang 60 : RM 30

Kalau badan agak berisi boleh request saiz lebih besar bidang 66 harga : RM 35 :)


*Blouse Polkadot (Karnival Riang Ria Raya, Kubang Menerong)

Blouse ni Material dia kain berat, selalu harga RM45.00 tapi di kubang menerong cuma berharga RM25.00 :)

Promosi ni sampai la Malam raya :)


*Telekung Plain Purple (Karnival Riang Ria Raya, Kubang Menerong)

Haa, bagi yang tak tahu telekung ni macam mana boleh google, banyak yang jual kat online paling murah pon RM 50.00. 

Tapi di kubang menerong Ms beli cuma RM 35.00 :)



Haa, setakat tu dulu nukilan Ms, Next week Ms continue dengan gambar gambar baju yang dah siap :D

4 comments:

  1. tudung akel tu ada banyak tak sis?nak tempah boleh?sy dari negeri sembilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh takde masalah :) cuma kena details la bagitahu nak design cemane dan bidang berapa. No worries laaa. Ms Mmg suka shopping :D

      Delete
  2. Tudung Gergeous glitter? boleh upload tak contoh,kalau ada nak order :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. just follow my next update okay :D nanti sy tinggal link post baru di sini :D

      Delete