Thursday, July 30, 2015

BLOGGER ACTIVE 2015 !!! PROJEK EXCHANGE "FOLLOWERS" !!!

Helo, Today admin nak adakan program exchange followers, open to all blogger :) 

Bagaimana Program Exchange Followers ini berfungsi?

Tujuan Program Exchange Followers ini bagi memperluaskan rangkaian blogger blogger ke peringkat yang lebih baik serta memberi serta meluaskan followers followers kita.

Apa Tugas Anda?

1. Follow page ini / link : anaalthafunnisamisshieda.blogspot.com

2. Tinggalkan Link page anda di ruangan Komen.

3. Pada 31st December 2015 admin akan post semua link Page mengikut giliran terawal dan terakhir  secara umum bagi yang berjaya terlibat dalam program ini 

4. Page blog anda akan di war warkan di sudut Instagram (ana_althafunnisa) & Facebook (Ana Althafunnisa).

5. admin akan tinggalkan semua link page di setiap 1 page blogger blogger di ruangan komen.

6. Setelah senarai telah disediakan, admin akan create 1 group khas untuk discuss about blogger :D


TARIKH TUTUP : 31 December 2015



Enjoy okay :)



DONE !!! CONGRATULATION TO ALL ACTIVE BLOGGER IN 2015



Just Follow > Leave Link page in comment > Listed in Blogger Active 2015


Wednesday, July 29, 2015

ONLINE DELIVERY SURPRISE FOR LOVE BY CIK NAD

Hai sahabat sahabat blogger yang disayangi :D

Hari Ni masa Lunch Time Admin Cod "Surprise Delivery" untuk cik Hazwani :D 

Cik Hazwani yang bertuah itu diminta supaya diberikan Bunga Segar + Aiskrim + Souvenir :)

Alhamdulilah, Cik Hazwani seronok dengan kejutan dari online surprise delivery :)


Dengan Budget yang diberikan, Admin sediakan bahan bahan untuk kejutan cik hazwani :

*6 kuntum bunga Rose (Roses Merah + Pink) Digubah bertemakan jambangan love.

* Aiskrim Conetto Love bite

*1 brooch mutiara diamond in cute box :)



Testimoni Customer :

Cik Hazwani 
Seberang Jaya 
"Bunga Jambangan Love" Dari Insan Tercinta :)

Tahniah Cik Hazwani Kerana menerima Hadiah daripada abang kite ini :) bersyukurlah dipertemukan dengan insan yang seromantik ini. 


Okay, Tutup Cerita Pasal Cik Hazwani, Bagi yang berminat dengan package penghantaran Online Surprise for Love Boleh catatkan di ruang komen. 

Online Delivery For Love :

Menyediakan penghantaran door to door surprise bagi penduduk sekitar pulau pinang (Cod Free)
Menyediakan services penghantaran by pos dengan balutan hadiah 
Menyediakan services "Budget anda bagi, Barang kami Cari" dan Try yang terbaik untuk sukakan Someone 

dll lagi. telekung, kurta, tudung, bunga, coklat and so on, cakap saja nak delivery apa insyaallah semuanya boleh :)

Bagi yang tinggal Luar sekitar Pulau Pinang, Online Delivery Juga diadakan dengan Cas mengikut Berat Barangan :)


Contoh bunga Budget

Friday, July 24, 2015

SELAMAT HARI RAYA

Assalammualaikum wbt.

Haa, lama betol MLQ tak update blog ni, bukan ape, sibok dengan hari raya la katakan :D

Macam mana dengan sambutan hari raya uolls? 

Meriah , Simple , Nothing , Atau teramat lah best?

apa pon hari raya adalah hari untuk kita raikan setelah sebulan berpuasa. 

jadi, bergembiralah & raikan ukhwah antara keluarga dengan sebaiknya.

SALAM AIDILFITRI buat sahabat sahabat blogger.


Hidangan raya Pertama :

*Daging masak hitam
*ketupat
*kuih segalanya (kuih tunjuk saje)
*Orange Sunquick (Setiap kali raya mesti air ni je pilihan hati, xpasti kenapa haha)


Hidangan Raya keempat a.k.a open house: 

*Nasi Tomato
*Ayam Masak Merah
*Orange Sunquick 
*Bihun Sup Tulang

Tuesday, July 14, 2015

Inai Celup Rizqi pilihan no 1


Assalammualaikum wbt.

Haa. cakap pasal Inai Celup Rizqi sape yang belum tahu?

pasti kebanyakannya dah tahu dengan kelebihan Inai Celup Rizqi kan?

Bagi yang belum tahu, MLQ nak share kan tentang kelebihan Inai Celup Rizqi ini.


Inai Celup Rizqi

   Penjual
100% bumiputera Muslim (Mari kita support Perniagaan Islam)

Bahan - bahan
Inai Pokok Tulen & Asam Keping

Kelebihan
15 min masa untuk terang
seminggu masa untuk hilang/pudar warna (memudahkan bagi sekolah/yang ingin pakai pada hari hari tertentu sahaja)

Cara Penggunaan :

1. Pakai cellotape bagi setiap bahagian hujung jari bagi penghujung Inai yang ingin  dipakai.

2. Pastikan jari telah kemas di cellotape & bersih dari segala kekotoran/habuk.

3. Celupkan jari ke dalam bekas Inai Celup Rizqi. 
(boleh di celup ke lima lima jari/ satu satu jari. tetapi pastikan cellotape kemas supaya tidak comot)

4. Biarkan selama 15 min (Untuk Kesan seperti di dalam gambar)

Biarkan selama 1 jam bagi kesan yang lebih terang.

5. Setelah cukup masa, jari boleh dibasuh & baki Inai boleh disimpan di peti sejuk dalam suhu rendah/ Inai boleh juga digunakan untuk rambut dengan menambahkan 10 sudu air panas. 

Cara Penjagaan :

1. Inai boleh di simpan di peti sejuk pada suhu rendah.

2. Jika Inai telah dibiarkan dalam tempoh yang lama dan memberi kesan keras pada permukaan, hanya perlu di titiskan 3 titik air panas untuk penggunaan seterusnya.

3. Anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan Inai Celup Rizqi dalam tempoh yang terlalu lama.


 Harga

Harga Pasaran : RM 10.00 Sahaja
Harga Borong 5 keatas : RM 7.00 Sahaja
Harga Borong 10 Keatas : RM 5.00 Sahaja
Harga Borong 30 Keatas : RM 3.00 Sahaja (digalakkan bagi peruncit yang ingin letakkan di kaunter)

*semua Harga adalah tetap hanya di INAI CELUP RIZQI. Pastinya Halal & sah solat.

Selain Daripada itu juga Inai mempunyai kelebihan sebagai penawar bagi yang bermasalah kuku/Kuku Makan Air.

 Untuk Tempahan Borong sila Hubungi/Mesej ke talian Tertera :

013 593 1455/ 019 402 7436 / 013 501 7258


Haa. MLQ Nak share kelebihan Inai ni sebab MLQ dah cuba, pastinya 100% berpuas hati dengan warna & Tekstur Inai Celup Ni.

Okay Itu sahaja untuk Hari ni :)

Boleh Cuba Inai Kesukaan MLQ tu ye :) pastinya lain dari yang lain :)

Friday, July 10, 2015

Contoh Menu Atkins


Contoh sarapan / Breakfast
Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
Keju - 2 keping - (1 gram carb)


Makan Tengahari / Malam
Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:


Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. 


Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.


Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.


Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.


Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!


Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.


Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.


Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.


Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.


Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.


kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan.Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kg dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan. berjalan sudah memadai bagi yg tidak mampu bersukan.




"IT'S NEVER TOO LATE 
TO CHANGE YOUR LIFE"


DIET ATKINS - DIET YANG PALING BERKESAN

APA ITU DIET ATKINS?


Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula. badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970 lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.

4 peringkatnya ialah:

Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Diet Atkins 'mempunyai empat tahap induksi rancangan karbohidrat, penurunan berat badan yang sedang berlangsung, pra-rawatan dan penjagaan seumur hidup. Dengan bantuan dari empat tahap, anda boleh mengurangkan serta menjaga berat badan anda sepanjang hidup anda.

Fasa 1(induction)
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlet atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari.


Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1):

  • Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
  • Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  • Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  • Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
  • Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  • Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  • Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  • Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  • Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  • Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  • Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  • Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  • Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
  • Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.


Boleh Makan:

  • Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  • Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  • Ikan, Udang, Ketam - (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  • Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  • Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  • Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  • Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  • Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  • Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  • Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  • Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  • Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  • Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)


Syarat-syarat Induction:


  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih. (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). 
  • Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. 
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
  • Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

Peringatan: Pesakit buah pinggang & Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)



Thursday, July 9, 2015

Cara buat tudung ikut kesesuaian diri "SAVE YOUR MONEY"

Assalammulaikum wbt.

Haa, hari ni MLQ nak share pasal macam mana  nak save money dengan kita beli sendiri kain & buat sendiri tudung kita.

kelebihan : jimat duit (untuk beli yang berkualiti), ikut kesukaan kita & kesesuaian kita.


Bahan Bahan yang perlu ada :

1. Kain yang korang minat (chiffon ke, georgeous glitter ke, dll)

Peringatan

bagi yang memakai tudung biasa saiz/bidang 45' (1 meter sahaja)

bagi yang memakai Tudung bidang 55' & 60' (1 meter setengah)

bagi yang nak labuhkan lagi dari saiz bidang 60' (2 meter)

* sebab tu bila kita lihat tudung yang makin besar makin mahal, sebabnya makin besar kain yang digunakan :)


2. Gunting Tajam (Baru la nanti potong kain tu tak ler senget mek nget)

3. Tudung Ukuran / contoh.


ini je? aah ini je. tapi banyak step la korang kena bersabar :D



Langkah 1

bentangkan kain yang dibeli tadi (lipat dua) (so akan jadi segi empat tepat)

*lipat 2 tudung yang dijadikan contoh, pastikan kedudukan yang tepat & sama.

gunting ikut contoh tudung tersebut (pastikan ada lebihan 1 inchi dari tudung asal)

(biasanya 1 meter bagi chiffon cuma RM6.80, 1 Meter bagi georgeous glitter RM10.20)


Langkah 2

setelah siap dipotong, pastikan garisan kemas dipotong, (jika ada lebihan yang ketara, potong sehingga sama)

* semasa potong bahagian bucu hujung tudung tu, boleh dipotong curve/petak mengikut citarasa masing masing 


Langkah 3 

Jahit tepi(kecil) mengikut warna citarasa anda. 

*boleh jahit tepi sendiri (jika ada mesin jahit tepi)

*boleh bawa ke kedai (bagi yang tiada mesin)

(kos jahit tepi kecil ni mengikut saiz tudung, biasanya kos bagi tudung bidang 60' RM 3.00 sahaja)


dah siap jahit tepi tu, 


Taraa, siap la jawapannye, dah boleh pakai. 


perbezaannya harga beli dari orang lain RM40 keatas bagi material yang elok macam ni.

tapi hasil tangan sendiri cuma RM16.20 + 3.00 = RM19.20 (bagi bidang 60')


Maaf admin tak dapat upload gambar untuk mudahkan kefahaman korang. tapi, insyaallah banyak lagi MLQ update okay ;)





Wednesday, July 8, 2015

Malam Lailatul Qadr



Lailatul Qadr (Malam yang lebih baik dari 1000 bulan)

Malam Lailatur Qadar hanya boleh ditemui pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yakni malam yang bertarikh ganjil berdasarkan takwim Islam. Pada tahun 2015, 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan adalah antara 6 Julai 2015 sehingga 16 Julai 2015. Tarikh malam lailatul qadar sengaja disembunyikan oleh Allah swt agar umat islam berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya.

Rasullulah SAW Bersabda ” Carilah ia (Malam Al Qadar di Sepuluh Malam Terakhir dari Bulan Ramadhan” Riwayat Bukhari Dan Muslim.

Yakinlah jika seorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, maka dia pasti memperoleh fadilat atau keberkatan malam Lailatulqadar.

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar
  • Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  • Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
  • Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
  • Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
  • Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
  • Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

  • Waktu diturunkan Al-Quran
  • Malam lebih baik daripada 1000 bulan
  • Malam penuh keberkatan
  • Dosa diampunkan
  • Turunnya Jibril dan Para Malaikat

Tanda Malam Lailatul Qadar

  • Pada salah satu 10 malam terakhir bulan Ramadhan
  • Pada tarikh genap atau ganjil pada bulan Ramadhan
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
  • Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Tiada kedengaran suara salakan anjing.
  • Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

p/s : semoga kita antara yang terpilih untuk menemui malam lailatul qadr.. amin ya robb..


Tuesday, July 7, 2015

Mudarat Makan berlebihan ketika berbuka


Banyak perkara penting perlu diambil perhatian terutama apabila membabitkan pengambilan diet seimbang sepanjang Ramadan bagi memastikan badan kekal sihat dan bertenaga.

Ada beberapa panduan menarik daripada portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan, mungkin boleh membantu kita menjaga kesejahteraan tubuh sepanjang Ramadan ini.

Pengambilan makanan pada bulan puasa tidak sepatutnya berbeza daripada bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral agar dapat menjalankan tugas harian seperti biasa.

Makan secara sihat penting untuk menghindari beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku pada bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah.

Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa di samping mendapat fadilat Ramadan. Justeru, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan hidangan seimbang untuk kekal sihat pada bulan puasa.

Walaupun berpuasa, kita perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis hida­ngan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti me­ngambil makanan daripada semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia.

Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien diperlukan tubuh. Makanan yang diambil mestilah mengandungi kumpulan makanan berikut:

- Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin

- Buah dan sayur

- Ikan, ayam, daging dan kekacang

- Susu dan produk tenusu

- Sedikit minyak, lemak, gula dan garam

Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa kerana selepas seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa.

Ini menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan.

Justeru, makanlah makanan ringan terlebih dulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak.


1. Mengikut sunah Rasulullah SAW, kita digalakkan mengambil tiga biji kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan saja kaya dengan tenaga, tetapi mengandungi serat, vitamin dan mineral.

Ini diikuti dengan separuh cawan jus buah-buahan. Selepas itu, bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta satu atau dua keping roti.

Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula rendah dalam darah kepada paras normal. Namun, hadkan pengambilan makanan manis seperti kuih, kek dan air manis sewaktu berbuka puasa.

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun pada bulan puasa.

2. Makan malam yang lebih berat digalakkan sebaik saja selesai mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah satu setengah cawan nasi putih, seketul ikan atau ayam dan secawan sayur campur.

Jika boleh, elakkan makanan berminyak dan bersantan. Ambil buah serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh diambil jika perlu.

Elakkan mengambil makanan yang berat, cukup­lah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, satu atau dua ketul kuih dan segelas susu.

Lebihkan pengambilan air kosong. Pengambilan makanan berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.

Sembelit pada bulan puasa adalah masalah yang mungkin boleh berlaku disebabkan kita kurang minum air dan makanan berserat serta banyak makan makanan diproses.

Sekiranya mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah serta sayur. Pastikan ambil enam hingga lapan gelas air, tiga hidangan sayur dan setengah cawan sayur serta dua biji buah sehari.

Pengambilan air juga boleh diambil dalam bentuk jus buah atau sup sayur. Untuk mengelakkan kehilangan air dari dalam badan, kurang­kan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat.

Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan untuk membantu melancarkan sistem penghadaman.

Pengambilan air mencukupi
Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil enam hing­ga lapan gelas air sehari. Air penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit.

Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun, kita boleh mengambil air dalam bentuk jus buah ataupun susu rendah lemak.

Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Ketika berbuka puasa, digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya.

Selain minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah. Berikut beberapa cara yang boleh diamalkan untuk membantu mening­katkan pengambilan air:

- Minum dua gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuk jus buah ataupun susu rendah lemak.

- Minum dua hingga tiga gelas air sebelum tidur.

- Minum dua gelas air sewaktu bersahur.

Berikut beberapa panduan untuk anda kekal cergas pada bulan puasa. Antaranya:

- Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

- Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal ialah setengah jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.

- Minum banyak air terutama air kosong untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.

- Elakkan mengambil minuman berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat makanan oleh badan.

Usrah Online?

Assalammualaikum wbt.

seorang hamba Allah minta saya sediakan 1 sudut ruang chat bagi usrah online

ada yang bersetuju/berminat nak join usrah online?

sesiapa yang pernah join usrah pasti tahu apa kelebihan usrah kan?

pastinya akan ada rasa rindu dengan usrah :)


Usrah itu makanan rohani kita, 

bagi yang berminat untuk join, boleh emailkan maklumat (nama, asal, no telefon, blog url/email) pada  :

catatananaalthafunnisa2@gmail.com





Friday, July 3, 2015

SAMPUL RAYA FREE : SAVE YOUR MONEY

Hai.. uollss.. ni MLQ nak share sikit ni beberapa sampul created by MLQ for cutest blogger & customer :)


Memandangkan sekarang GST kan, so boleh la rasanya kita berjimat duit untuk beli sampul raya yang exclusive :)


Bahan bahan yang perlu ada yang menjamin tidak akan merugikan :

1. Gunting Tajam
2. Gam
3. Printer Colour/Black white 


Taraa, tu saje bahan bahan yang perlu ada !


Haa, ini contoh Design 1 : Just click Image > Save as > Print (choose : landscape, A5 size) jangan click fit to screen okay sebab karang tak dapat full image sampul. 



Design 2




Design 3


Design 4



sape sape yang nak print buat raya nanti silakan, free je :) 

Ni je yang mampu MLQ kasi korang :D

Nak duit raya kena datang rumah okay :D :)

Wednesday, July 1, 2015

Persediaan Hari Raya 2015

Assalammualaikum wbt...

Haa, cakap pasal Persediaan Hari Raya ni ape Plan & barang barang yang korang dah prepare??

Haa. semestinya ada yang suka shopping Last Minute, ada yang suka shopping awal kan?

tapi Ms memang suka shopping awal, sebab dapat arrange budget budget pada hari raya nanti.

Antara persediaan Raya yang Ms dah buat : 

May 2015 

* Tempahan Baju Kurung (Saiyidah Collection, Kroh) 

1 kuning bunya2 putih (Kedai Kain Lim, Lunas)
1 kuning bunga2 pink(Kedai Kain Lim, Lunas)
1 kuning plain (Kedai Kain Lim, Lunas)
1 hijau kekuningan (Permatang Tok Mahat)

* Tudung Akel Plain Kuning (Gedung haji & Umrah, Alor Setar)

*Tudung Roselle Turqoise Tone (Gedung haji & Umrah, Alor Setar) tajaan Encik Mimpi

*Abaya Arabic Jubah (Abaya Pesona) tajaan Encik Mimpi

* Kasut Dapper Kuning (The Store, Sungai Petani)

* Handbag Pudini Kuning (The Store, Sungai Petani)

kesimpulannya tema tahun ni Ms pilih warna kuning :)

Haa, kenapa Ms beli banyak kain dekat Kedai Kain Lim, Lunas tu? 

Sebabnya kedai tu merupakan kedai pemborong jadi harga lebih murah 2x ganda daripada kedai kedai lain.

Harga kain yang sama di pasaran RM60/RM50, tapi di kedai kain Lim cuma RM 23.00.

dan kalau promosi besar besaran boleh dapat harga serendah RM 15.00 pada kain yang berkualiti,



Haa, bagi yang nak mencari kedai ni, ni la rupa Kedai Lim, Lunas Kedah.. Bersebelahan dengan Car wash & dekat je dengan susur keluar lunas :)



Haa. Ni la Kain yang dibeli dari Kedai Lim, Lunas. Material yang berkualiti & puas hati :) 

Tudung Pulak dari Gedung Haji & Umrah, Alor setar kedah. (brand: akel plain)



Haa, ni la baju raya Pertama Ms, Kain dari Kedai Lim, Lunas

Tudung dari Alor setar Kedah



Tudung Akel Plain Kuning (Gedung haji & Umrah, Alor Setar)

*Tudung Roselle Turqoise Tone (Gedung haji & Umrah, Alor Setar) tajaan Encik Mimpi


Haa, bagi penggemar Tudung Akel bidang 50, 55, 60 boleh la pergi ke Alor setar, boleh kunjungi kedai kedai haji & umrah, Pasar Rabu dll yang confirm tudung akel berlambak lambak.

Memandangkan masa Ms pegi ni Pasar Rabu tengah renovate, jadi kena la cari kedai2 haji & umrah yang bertentang dengan pekan rabu tu.

Tudung Akel RM 27.00
Tudung Roselle RM 25.00

p/s : kalau pegi pekan rabu lebih murah, boleh dapat serendah RM 20/RM23.


*Abaya Arabic Jubah (Abaya Pesona) tajaan Encik Mimpi


Haa, pasal abaya ni tak jangka nak beli pon sebenarnya, sebabnya abaya jubah kan mahal, memang takde la nak belinya. 

Tapi memandangkan dah Taukeynya dari Arab, memang dapat la harga serendah RM150.00 fullset dengan shawl (Shawl kecik je) & purdah.

Itupon sebab Encik Mimpi bermurah hati nak belikan untuk raya, alhamdulilah terima kasih ye Encik Mimpi :)

Kasut Dapper Kuning (The Store, Sungai Petani)

Haa kebetulan masa Ms pegi tu memang ada sales, so alhamdulilah la harga boleh la. 

Kasut Branded ada 70% less. so untuk kasut Ms beli ni after less dapat la 65 ke bawah.


Handbag Pudini Kuning (The Store, Sungai Petani)

Handbag pulak bergantung kepada brand, macam yang Ms beli ni ada Less 60% sahaja.

Harga Asal ....



JUN 2015

*Tudung Satin (Pekan Ahad, Padang Serai) Tajaan by Ayoh

*Jubah Satin (Megamall, Perai)

*Instant Shawl (Aeon Big, Seberang Jaya)

*Tudung Labuh georgous glitter (Handmade)

*Blouse Polkadot (Karnival Riang Ria Raya, Kubang Menerong)

*Telekung Plain Purple (Karnival Riang Ria Raya, Kubang Menerong)



*Tudung Satin (Pekan Ahad, Padang Serai) Tajaan by Ayoh

Haa, bagi yang berminat tudung Satin bidang 60 tu boleh la beli di sini, banyak warna ada & dialu alukan bagi yang nak kirim untuk beli :)

Harga : RM20.00 sahaja 


*Jubah Satin (Megamall, Perai)

Haa, bagi yang berminat Jubah satin berkerawang semua cukup di tangan, boleh dapatkan di Megamall, Perai ground floor.

Harga : RM 70.00 sahaja


*Instant Shawl (Aeon Big, Seberang Jaya)

Instant Shawl bunga2 chiffon material.

Harga : RM15.00 sahaja


*Tudung Labuh georgous glitter (Handmade)

Haa, kain ni memang superb la nak bagi 5 bintang sebab tak jarang, senang bentuk, menutup aurat & boleh buat pelbagai. :)

Ms beli kain ni untuk buat tudung Koshibo & Tudung 4 segi semi curve :)

Sape yang order by my handmade boleh tinggalkan di ruang komen :)

harga bidang 45 : RM20
harga bidang 55 : RM 25
harga bidang 60 : RM 30

Kalau badan agak berisi boleh request saiz lebih besar bidang 66 harga : RM 35 :)


*Blouse Polkadot (Karnival Riang Ria Raya, Kubang Menerong)

Blouse ni Material dia kain berat, selalu harga RM45.00 tapi di kubang menerong cuma berharga RM25.00 :)

Promosi ni sampai la Malam raya :)


*Telekung Plain Purple (Karnival Riang Ria Raya, Kubang Menerong)

Haa, bagi yang tak tahu telekung ni macam mana boleh google, banyak yang jual kat online paling murah pon RM 50.00. 

Tapi di kubang menerong Ms beli cuma RM 35.00 :)



Haa, setakat tu dulu nukilan Ms, Next week Ms continue dengan gambar gambar baju yang dah siap :D

UJIAN SEORANG MUSLIMAH KETIKA BEKERJA

Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan kareem ke 14, haa sekejap je tup tup dah 14 hari kita berpuasa, tup tup dah nak raya dah.. Haa, Macam mana persediaan raya anda?? dah siap ke semuanya?? :)

Sebelum kita sharekan tentang persediaan raya, Ms nak citer sikit pasal dugaan dekat tempat kerja..

Haa. bagi yang students mesti macam tak faham sangat & malas nak ambil tahu sangat kan??

Tapi, yang dah masuk alam pekerjaan tu tahu la "Sakitnya tuh di sini", cakap pasal sakit ni kan, Ms rase dekat setiap tempat keje ada ujian masing masing. kite nak mencari rezeki ni tak lari dari diuji dengan bermacam macam ujian.

Macam Ms, Ujian yang Ms kena lalui :

1. Company ni majority chinese, Ms satu satunya Malay dalam company tu (Haa. faham faham la macam mana kan)

2. Ms bertudung Labuh, jadi mereka pandang rendah.

3. Tidak dibenarkan solat (jadi waktu balik jela yang boleh solat)

4. Perlu buat keje 3 position (sebab position lain diberhentikan, so Ms perlu ganti tempat mereka)
*Keje Teruk tapi gaji tak naik.


Haa, tu antara yang tersenarai je tuh, yang tak tersenarai pon banyak lagi, Tapi itulah kan, zaman sekarang betapa susahnya nak dapat keje, jadi walaupon perit & susah macam mana pon perlu ditempuh juga.


Baru baru ni Cleaner pon kena marah, (kesian aunty ni, dah uzur tapi masih keluar mencari rezeki)

tapi aunty ni kuatkan Ms sebenarnya, bila lepas je dia kena marah dia cakap dengan Ms :

" Takpa lah, sekarang susah mau kerja, mereka marah kita diam saja la.." (kesian tengok, aunty ni indian, tapi nak kerja keras dia tu)

huwaa, Rasa nak menitis air mata ni plak, kena bersyukur sebenarnya :'( 


" Kejayaan itu takkan datang tanpa Usaha/Kepayahan"

Jadi berterima kasihlah dengan kepayahan yang anda lalui sekarang, insyaallah Kejayaan mendatang :)


Salam ramadhan Kareem 

Ramadhan 14 " Tidak akan diuji seseorang diluar kemampuannya"