Wednesday, September 21, 2016

Short Vacation - Kuala Perlis

Hai guys !

Haa hari ni cik nad nak sikit pasal short vacation last week ke kuala perlis.

Nak dijadikan cerita cuti 1 malaysia kan, dan kebetulan pulak ada wedding sedara di sana, so kesempatan tu la kami sekeluarga pergi bercuti. 😃

1st day, bertolak around pukul 2pm dari penang, sebab konvoi kereta ramai2 kan, jadi kami berkumpul di rumah kakak cik nad di bertam, setelah semuanya ada, kami bertolak, dan singgah rnr gurun. (sebab tak makan lagi masa tu). Kalau (dr arah penang ke kedah) hampa lapaq ka apa cik suggest singgah rnr gurun, sbb rnr gurun byk gerai makanan (lauk2 dan nasik) lain2 rnr byk buah ja.

Kalau hampa p rnr gurun hampa beli di gerai hujung sekali sebelah kiri. Gerai tu masakan ala kampung & lebih murah berbanding kedai2 lain.

Kalau hampa dr kedah nak ke perak pulak, hampa singgah rnr juru, banyak makanan ada, sampaikan sandwich dia pon mmg umpphh sangat. Takbleh lawan sandwich tempat len.

Okay, berbalik kpd cerita td, hehe ciknad smpai di kuala perlis lebih kurang pukul 5.30 kot, kami menginap di cattleya homestay, homestay dr luar, xberapa ok, dlm pon xok sgt. So ciknad bg 2 bintang je, sbb xberapa puashati dengan penginapan kami.

Lepas selesai solat, kami siap2 ke Ikan Bakar kuala perlis, kalau hampa p kena pandai pilih tau, sebab kalau hampa tgk yg kosong xda orang tu means xsedap n mahal latu. Kalau hampa nak senang tgk ja yg mana ramai tu confirm sedap n murah, yg penting kna sabar tunggu.

Selesai kami ke gerai ikan bakar, kami pergi ke funfair sebelah kedai yg ada waktu tu, mula2 just nak tengok je, tp anak sedara cik nad buat hal ajak cik nad ikut depa, jadi berangan jd budk2 sekejap ! 😆

Day 2,

Cik nad bertolak dr cattleya homestay pukul 10 ke Padang Besar! 😍😍😍 cik nad suka betol tempat2 yg juai survouenir ni, mmg cik nad paling suka sekali tempat yg byk juai bear 😁

So hasil dr situ cik nad beli cawan gajah(bekas air sejuk yg besar), handbag coach, purse, beg sandang vintage,hello kitty teddy bear,jersi (org kirim).

Lpas dr tu kmi trus bertolak balik, dan siap2 tuk pergi kenduri di Perlis Hope.

Selesai urusan disitu, kami bertolak balik ke penang. Masa perjalanan balik kami singgah Darulaman park yang terletak di Jitra. Apa yg best dengan darulaman park ni boleh naik itik, boleh main roller blate, boleh naik basikal panjang, boleh naik buggy, dll. (tp jaga2 toilet kotor)

Lepas tu kami ikut jalan biasa je, sebab ada accident dkt highway so jem teruk. Nasib baik ada encik maps . Encik maps byk membantu cik nad dlm pelbgai urusan 😍

Masa otw balik sempat lg depa singgah nasi kandar special di Jitra 😊 tp klau taste cik nad mmg penang punya nasi kandaq lagi sodap lah. Xblh lwn 😂

Sekian sj celoteh cik nad untuk hampa 😊

Salam bahagia dr cik nad untuk hampa 💟