Saturday, May 23, 2015

RESEPI SIMPLE MEATBALLS BLACKPAPER MUSHROOM

Resepi meatballs blackpaper mushroom by cid Nad (simple)

Bahan Bahan :

Butter
Tepung gandum
Air
Sos blackpaper
Sos cili
Lada hitam yg dikisar
Cendawan butang
Brokoli
Mini tomato
Prego cheese
Meatball

Step 1 :
Panaskan kuali. Masukkan butter 1 sudu. Ratakan butter.

Step 2 :
Bancuh tepung gandum dgn air. Bg serata. Dan masukkan tpung yg dibncuh dan cendawan butang (potong nipis2) ke dlm kuali bersama butter yg dipanaskan tadi.

Step 3 :
Kacau sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan sos blackpaper & sos cili secukup rasa (mengikut citarasa masing2) masukkn lada hitam 3 cubit.

Step 4 :
Masukkn sparuh tin prego cheese. Tunggu sehingga mendidih & rasa.

Step 5 :
Sebagai hiasan.
Basuh brokoli & mini tomato. Potong ikut cita rasa.

*meatballs boleh direbus pada seblm atau selepas penyediaan kuah.

Friday, May 22, 2015

Mishary Al Afasy - Exams

Assalamualaikum wbt..

Bagi yang akan menduduki Exam/temuduga, boleh Rujuk doa ini. 

Yakinlah Doa ini amat2 berkesan. 

Salam Jumaat. Dont Forget Al kahfi Today.

Monday, May 18, 2015

Esok Bermulanya Syaaban : Amalan & Fadhilat di bulan Syaaban

Assalammualaikum wbt. 

Hari ini adalah hari terakhir Rejab..

Disini sy ingin kongsikan  sedikit Amalan & Fadhilat bulan syaaban yang bermula dari esok.

Ketika Syaaban, Saidatina Aisyah r.a. menyatakan Rasulullah SAW banyak berpuasa dan memperbanyakkan amal kebajikan dan ibadat kerana dalam bulan Syaaban adalah sebagai latihan melawan nafsu untuk menuju kepada ujian yang lebih besar iaitu bulan Ramadan.

Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban
.
  • Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Berpuasa sunat.
  • Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
  • Perbanyakkan amalan takwa.
  • Solat lima waktu secara berjemaah.
  • Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
  • Melakukan amal kebajikan.
  • Memohon keampunan ibu bapa.
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
  • Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
  • Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.
Puasa Syaaban Dan Fadilatnya

Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”   (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
.
Berpuasa dalam bulan Syaaban selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:
.
1. Berpuasa sehari.
a.  Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b.  Dimasuk syurga
c.  Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d.  Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.
.
2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,
b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .
c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.
.
3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a.  Di ampunkan oleh Allah.
b.  Diberkatikan rezeki.
c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.
.
4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a.  Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.
.
5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT
.
6. Berpuasa sebulan.
a.  Dimudahkan Allah akan saat mati,
b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d.  Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e.  Diwajibkan masuk ke syurga.
.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT.


Thursday, May 14, 2015

PEMBELI (SCAMMER) DARI NIGERIA SEDANG BERLELUASA DI NEGARA KITA - FOCUS : MUDAH.MY

Hai, Topik hari ni nak cerita tentang scammer dari nigeria yang sedang berleluasa sekarang.

Nak dijadikan cerita, saya ada jual Handbeg Swiss Polo di Mudah.my

Esoknya saya terima Sms :

If your Handbeg still available, please email me the detail (owotide10@gmail.com) email only

Ha, saya dapat sms mcm tu dari No Malaysia, tapi orang Nigeria, itu la Bijaknya mereka menipu, macam2 mereka boleh buat, Bukan saya sahaja yang terkena, dah hampir 200 orang dan lebih.

Lepas saya dapat je msj tu saya pon email la kpd dia untuk bagitahu Item masih ada.

Lepas tu dia cakap dia ada dekat luar negara, jadi nak belikan handbeg ni untuk cousin dia kat west africa, dia cakap berapa pon kos shipping dia sanggup tanggung.

Saya pon pergi la laman web pos, saya pon cakap la, kos pos RM145.00, Harga Handbeg RM100.00. so Total RM245.00. Jadi dia setuju, dia mintak no akaun dan dia cakap dia nak transfer. (macam tak logik, dah shipment lagi mahal dari barang pon nak beli ke? setahu sy kat sana handbeg lagi murah)

Lepas 2 jam lepas tu saya terima mail dari BANK SMILE PLC, katanya Mrs Anu already transfer the payment.

Tapi Yang peliknya, Bank ni cakap kena saya bagi consignment Note dulu dan barang sampai baru akan masuk ke akaun saya duit tu. (so buat saya confius, selalunya bukan macam ni) dan salah satu syaratnya sebelum duit masuk ke akaun kita, kita perlu bagitahu income kita berapa dan kerja apa. (ni pon mmg terang2 dia nak ambil data data kita untuk access ke akaun bank kita.

Jadi saya pon Teruskan psiko dia, saya cakap "Sorry, I cannot proceed without any payment"

Lepas tu mungkin dia dah bengang, dia cakap "you go to school or not? Just follow the bank said and you will receive the payment later" 
(lastly dia cakap kalau saya buat cancellation untuk tak pos pada dia, dia akan masukkan saya ke jail)

(geram dalam hati ni tuhan je tahu. lepas tu saya kol Mr. untuk dapatkan pandangan, saya google2, lastly jumpa page ni:  http://yusbundlehouse.blogspot.com/2012/07/scam-mat-nigeriahati2-sumer.html bila saya dah baca semua details dan comment rupa rupanya mereka pon nasib yang sama macam saya. Selamat la belom sempat poskan barang tu.)

Just untuk iktibar semua, Meniaga di Mudah.my pon dah tak secured dah, jadi hati hatilah.

Nama dia : Mrs Anu (Banyak lagi nama yang dia guna, boleh rujuk page link saya bagi tu.)
Email dia : owotide10@gmail.com
No phone : +6012 5436734 (yang pelik kenapa No Malaysia)
Alamat yang suruh dihantar :

Name: evelyn babatunde
No 1 , emidire Street,
Ologuneru Eleyele,
City: Ibadan.
State: Oyo
Country: Nigeria.
Zip Code:23402


untuk lebih info sila ke page ini :
http://yusbundlehouse.blogspot.com/2012/07/scam-mat-nigeriahati2-sumer.html

p/s : Mudah.my tak secured dah :( 

Friday, May 8, 2015

Zikrullah Penenang Jiwa


Salam Jumaat. Hari penghulu segala hari. Perbanyakkan zikir dan istighfar pada ilahi moga diampun segala dosa dosa kecil kita dan dosa dosa besar kita.

Luangkan masa berzikir (ubat penenang jiwa) , jika tak berkesempatan pon mungkin kita boleh dengar. sedikit sebanyak gerak mulut kita terikut ikut zikrullah itu serta menjadi tabiat ingin menyebut Nama suci Allah swt.

bercakap soal zikir ni. ketika ana exam dulu, perkara yang paling penting di amalkan pada hari jumaat adalah :

1. sedekah (ikut keselesaan, nak sedekah tabung masjid ke, sedekah pd fakir miskin ke dll)

2. Baca surah al waqiah & surah al kahfi

3. bacaan yasin selepas solat subuh.

4. bacaan al mathurat pagi & ptg.


sentuh berkaitan zikrullah ni, subhanallah kalau kite rasai nikmat tenang tu Maha suci Allah swt, Allah swt yang Maha Tahu betapa tenangnya hati jika kita khusyuk dalam berzikir mengigatiNya.

Tetapi .. adakah dengan mudah kita mencapai ketenangan itu?

TAK. yes I said " TAK OK? "

Kenape saya cakap tak? sebab Syurga Mudah tak kita nak masuk? adakah kita yakin kita akan masuk syurga jika kita tak bertaubat dan kembali kepadaNya?


sama jugak dalam keadaan sekarang, kite nak dapat nikmat ketenangan yang sebenar benarnya adakah mudah? 

tidak. 

kenapa?

* Perlu usaha memperbaiki diri
* Mohon ampun kepada Allah swt atas dosa dosa lalu
  * Khusyuk dan tawaduk mohon kepadaNya
* Taubat Nasuha (jgn ulangi kesilapan lalu)
* banyak lakukan yang makruf 

InsyaAllah, bila kita dah lalui semua fasa tu sampai ke 1 fasa yang kita rasa "Yakin sangat2" Bahawa Allah berkuasa keatas diri kita & kita berusaha dan berserah sepenuhnya kepada Allah swt, fasa itulah kita akan merasai nikmat ketenangan jiwa.

Wallahualam. Salam Jumaat. Moga video klip zikrullah hafiz Hamidun itu memberi manfaat :) 

Maasalamah.