Monday, October 14, 2019

Amalan waktu hamil

Tahniah anda hamil ! 

tentu happy kan bila orang ucap tahniah bila hamil. bila bermulanya journey dalam dunia preggy ni kita as muslim disunatkan mengamalkan amalan mengikut sunnah Nabi saw agar kandungan sihat, dididik dari dalam kandungan dan sebagai persediaan yang lebih dalam menempuh journey dunia hamil ni kan. 

jadi hasil bacaan sumber dari diari hamil dan nasihat pak bidan dr hamid arshat, admin nak sharekan dgn kalian sunat sunat yang boleh diamalkan sepanjang mengandung :) 

btw, admin jugak tgh preggy utk baby kedua, 16weeks. jadi tak salah kan kita kongsi ilmu sesama :) doakan juga kandungan dan cik nad sihat walafiat sepanjang preggy :) 

bawah ni antara amalan sunat waktu preggy :

1. UMUM
secara umum yang kita boleh amalkan, 

SURAH YUSUF : untuk mohon anak cantik rupa dan akhlak
SURAH LUQMAN : mohon anak cerdik
SURAH MARYAM : memudahkan bersalin
SURAH YASIN : mohon anak teguh hati dan tdk terpengaruh dgn maksiat
SURAH AL HUJURAT : banyakkan susu ibu


2. HARIAN 

kalau hampa nak ikut cara cik nad, semua surah umum tu cik nad amalkan jugak ikut kemampuan, tapi harian. 

contoh, 

ISNIN : lepas solat maghrib bc surah yusuf, bc doa nabi yunus dan amalkan sebiji kurma (semestinya kurma ajwa sedap :D )

SELASA : lepas solat maghrib bc surah luqman, bc doa nabi yunus dan sebiji kurma. dan berikutnya ikut yg mana mampu :) 


3. Amalan 7months above, dekat dekat nak bersalin 

haa yang ni ilmu baru, baru je cik nad jumpa masa bc dlm buku terbaru cik nad beli. boleh la sama sama kita amalkan nanti. 

ada 1 hadis, "sesungguhnya Rasulullah saw apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab Binti Jahsyi menghampiri Fatimah, maka baginda membaca ayat kursi dan surah al-A'raf (ayat 54) di sisi fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Surah al-Falaq dan Al-Nas

jadi bila dah dekat dekat bersalin, boleh la kita amalkan surah2 yang tertera dlm hadis tu untu memohon perlindungan drpd Allah swt. 

a) Ayat kursi
b) Surah Al-A'raf (Ayat 54)
c) Surah Al-Falaq
d) Surah Al-Nas


4. SUSAH NAK BERSALIN

Dalam bacaan ciknad jugak, terjumpa 1 hadis yang menerangkan jika ada kesusahan nak bersalin, boleh amalkan ayat dibawah. Alhamdulillah ada juga persediaan untuk kita untuk detik2 cemas nak bersalin nanti untuk bekalan kan. 

"Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana(bekas air) surah Al-ahzab (ayat 35) dan surah Al-nazi'at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta dipercikkan di perut dan kemaluan." 
(Hadis Riwayat Ibn Sunni)

jadi dalam hadis ni terangkan kita boleh cuba tulis (fahaman ciknad mgkin bacakan pada air) surah ni ;

a) Surah Al-ahzab (ayat 35)
b) Surah Al-nazi'at (ayat 46)

lepas baca, air tu kena minum dan percikkan pada perut dan kemaluan mohon agar dipermudahkan bersalin. alhamdulillah moga moga kita semua dipermudahkan bersalin, dan dijadikan amalan yang boleh hindar dr perkara yg tak diingini. InsyaAllah :) 


untuk next posting, nanti ciknad share pemakanan sunnah yang boleh diamalkan pulak. Sekarang cik nad free, banyak betul nak share dengan hampa semua :D 
share suka suka saja, apa yg ciknad tau hasil bacaan ciknad share dgn hampa. yang suka boleh terus follow :D