Friday, June 5, 2015

DIA LUPA... ALLAH ITU ADA...

Assalammualaikum wbt.

Disini saya ingin kongsikan kisah pengajaran tentang curang seorang suami terhadap isterinya.

Kisah ini telah menjadi viral di media media sosial, semoga pengajaran dari kisah ini para lelaki & wanita insaf & tidak melakukan perkara tersebut terhadap pasangan masing masing.

Sejujurnya, admin sendiri menangis teresak-esak membaca kisah ini. Allahurobbi hati mana yang tak terluka diperlakukan sedemikian. Tambahan pula suaminya merupakan kenalan sekolahnya dan mereka berkawan hampir 8 tahun sebelum mengikat tali perkahwinan.

Mungkin dia lupa.. Allah itu ada... 


Kisah ini dipetik dari facebook Hamba Allah yang ingin namanya di hidekan, tujuan utamanya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada kaum adam.


Hamba Allah ini cantik orangnya, masih muda 25 tahun, namun diuji dengan ujian yang pastinya tiada siapa pon tak akan sanggup untuk menghadapinya.

Mari kita hayati & mengambil pengajaran dari kisah ini...

Assalamualaikum..tolong hide nama saya. saya hanya ingin meluah dan berkongsi. saya ingin isteri isteri diluar sana beringat dan amik pengajaran..

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA

Saya dan suami Kenal dari zaman persekolahan lagi. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah. Siapa yang tak bahagia kan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.

Saya dikurniakan rezeki awal, saya bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah..

tp dia lupa,Allah itu ada..

x disangka2, Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali. sy stalk FB wanita tersebut. terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy. hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami. dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya.. 
tp dia lupa, Allah itu ada..

Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini.. Dan secara tiba2 dia kembali romantik.


tp dia lupa,Allah itu ada..


1malam, sy terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft - ......1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.


ya Allah.. terduduk sy semasa mendengar pengakuannya. Menangis, mengongoi...macam org gila. ya,macam org gila..

tp dia lupa,Allah itu ada.

Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu. tp tidak. sy terus ke rumah rakan. tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy balik ke rumah mertua. sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua).

Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..
Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dengan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bukanlah bekas kekasihnya. tp janda anak 4!


Ya Allah, saya br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.


Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..


Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah....berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!! 


Ketika itu, saya diam. setitik air mata pon tiada..saya pandang kosong suami saya. saya rasa cinta sy yg 8 tahun itu telah terkubur. saya diam sejenak. suami pula menanti jawapan. dia menangis.saya biarkan..baru menyesal mungkin? Saya peluk suami saya, saya bisik di telinganya..
 
'abg bertaubatlah,solat taubat banyak2. saya maafkan abang..dan saya tiada dendam dalam hati' suami pandang saya sambil menangis teresak esak dan bertanya adakah sy masih terima dia lagi..dan saya hanya mengangguk. 

Dia menangis sambil memeluk saya, cium saya..saya terus bangun dan berwuduk. ketika solat lah baru air mata saya jatuh..pada Allah saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu..hati saya tak tenang. saya  baca surah ar rahman. Tersedu sedu,sebak yg tak tahu nak dicakapkan.

Suami yang melihat turut menangis. dia tak sanggup tengok keadaan saya..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan saya. saya tak mampu untuk berkata kata ketika itu. saya hanya menangis dan menangis..

suami cerita, dia tak tahu kenapa dia boleh berubah sebegitu sekali. saya tanya apa yg kurang pada saya, dia kata tiada apa yg kurang. saya ada rupa. saya solat, saya taat pada suami. sy bekerja, sy dah bagi dia anak..sy tutup aurat. ape lg??

suami kata dia macam lupa diri..dia taktahu kenapa dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tapi perempuan itu ugut untuk beritahu dosa mereka pada sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.

Memang, sakitnya ya Allahhh.... Dia saja yang tahu. Saya hanya bertahan untuk sekejap. kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin marah. saya minta cerai pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tapi suami tak nak. dia kata mati hidup balik pun dia tetap tak akan ceraikan saya.

Pada saat itu saya kerap menangis..tambahan pula perempuan itu mengamuk  ngamuk pada suami dan saya..habis dia cerita semua yang saya tak tahu..yang amat menyakitkan. Perempuan tu hantar mesej pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Saya balas mesej ya dan nyatakan tiada apa yang belum selesai.

saya dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia balas dan kata tahniah kepada saya kerana bersuamikan ya. perempuan tu kata lagi,pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operation dulu.. 


Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit, suamiku curang...sedih dan pilu hati ni tak tahu nak khabarkan macam mana..


Siapa la yang tak marah..memang saya marah. tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan..saya minta suami untuk menghargai pengorbanan saya. saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada..macam macam suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk..


Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang..anak saya pon telah selamat lahir..kami cuba untuk lupakan segalanya. kami buka buku baru..suami pun dah berubah. sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf. saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dan saya ada Allah.


Mungkin ramai yang kata saya bodoh sbb saya bagi peluang. tapi bagi saya, lagi bodoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri..saya yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa,mungkin isteri isteri di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..


Sabar sahabat sahabatku, Allah itu ada..kita kena percaya qada' dan qadar. Kuat lah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..

yakinlah, ALLAH ITU ADA


Allah.. Allah.. Allah..