Thursday, April 16, 2015

Era Kini : Adakah kita dikelilingi insan yang mementingkan darjat?


Assalammualaikum wbt.

Adakah kita dikelilingi insan yang mementingkan darjat?

Mungkin Ya. dan Mungkin Tidak.

Ada sesetengah pihak yang beruntung dan ada sesetengah pihak teruji.

kalau macam keadaan sekarang kita boleh compare berbeza dengan dulu kala.

Kalau dulu, orang tua tua suka yang " Tangan Kasar" (Ni Atok saya yang paling pantang and paling penting sekali dia akan make sure tangan bakal menantu dia tu kasar, kalau pandangan orang tua dulu dulu ni tangan kasar ni Rajin )

compare dengan sekarang, mgkin ada lagi orang kg yang masih amalkan camni, tapi sesetengah nak yang tangan lembut sebab cantik. (Ni yang boleh kita nilai sebagai memilih, nak cantik jer semua, nak perfect jer smua, mane la ada manusia yang perfect, masing masing ada kekurangan dan kelebihan masing masing)


Dan kalau dulu, taraf dan kedudukan bukanlah keutamaan, tapi adab dan akhlak jadi keutamaan (Bak kata orang tua tua, xtinggi mana pelajaran takpe yang penting ada adab. Jangan berpelajaran tapi balik jadi macam Si Tanggang)

Tapi, cuba compare keadaan sekarang, kalau Adab dan akhlak takde pon takpe lagi asalkan ada Pelajaran, sampaikan kurang ajar macam mana pon orang tak akan nampak silap.


Lagi 1, Bila dulu, lelaki yang bertanggungjawab atas wanita, semua pasal kerja atau ape yang ada tak dipersoalkan, terus dijadikan isteri atas titik peluh suami.

tapi sekarang, masa merisik pon orang dah sibok tanya, Perempuan kerja apa? Belajar Universiti Mana? Pangkat apa? dekat mana?

sewajarnya tak perlu pon dipersoal semua itu jika tanggungjawab terletak diatas pihak lelaki. soalan itu memang wajar di soal untuk pihak lelaki, kenapa? sebab pihak lelaki yang akan mentadbir keluarga yang bakal dibina itu, bukannya wanita. Kerana setinggi mana pon wanita, alih alih kena ke dapur juga. 


Banyak lagi sebenarnya yang menjadi perbezaan yang sangat banyak. tapi zaman sekarang semuanya meletakkan Harta no 1 berbanding agama . :( 

Sekarang, kalau ada Harta orang sanjung, kalau takda orang hina. (Kesian tengok orang orang yang dihina sebab kekurangan nikmat yang Allah swt uji. Setiap orang ujian berbeza beza, ada yang diuji dengan kekayaan, ada yang diuji dengan kesusahan dan lain lain)

Apa pon moga moga Allah swt pelihara kita dari jumpa orang yang mementingkan darjat macam ni, dan kalau kita berjumpa pon harap harap Allah swt berikan petunjuk kepadanya.




No comments:

Post a Comment