Wednesday, December 3, 2014

KERACUNAN MAKANAN



Keracunan Makanan

Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
  • Agen penyebab keracunan tersebut
  • Amaun (dos) bakteria, virus atau toksin
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).  Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. 
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah :
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
  • Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.

No comments:

Post a Comment