Friday, May 8, 2015

Zikrullah Penenang Jiwa


Salam Jumaat. Hari penghulu segala hari. Perbanyakkan zikir dan istighfar pada ilahi moga diampun segala dosa dosa kecil kita dan dosa dosa besar kita.

Luangkan masa berzikir (ubat penenang jiwa) , jika tak berkesempatan pon mungkin kita boleh dengar. sedikit sebanyak gerak mulut kita terikut ikut zikrullah itu serta menjadi tabiat ingin menyebut Nama suci Allah swt.

bercakap soal zikir ni. ketika ana exam dulu, perkara yang paling penting di amalkan pada hari jumaat adalah :

1. sedekah (ikut keselesaan, nak sedekah tabung masjid ke, sedekah pd fakir miskin ke dll)

2. Baca surah al waqiah & surah al kahfi

3. bacaan yasin selepas solat subuh.

4. bacaan al mathurat pagi & ptg.


sentuh berkaitan zikrullah ni, subhanallah kalau kite rasai nikmat tenang tu Maha suci Allah swt, Allah swt yang Maha Tahu betapa tenangnya hati jika kita khusyuk dalam berzikir mengigatiNya.

Tetapi .. adakah dengan mudah kita mencapai ketenangan itu?

TAK. yes I said " TAK OK? "

Kenape saya cakap tak? sebab Syurga Mudah tak kita nak masuk? adakah kita yakin kita akan masuk syurga jika kita tak bertaubat dan kembali kepadaNya?


sama jugak dalam keadaan sekarang, kite nak dapat nikmat ketenangan yang sebenar benarnya adakah mudah? 

tidak. 

kenapa?

* Perlu usaha memperbaiki diri
* Mohon ampun kepada Allah swt atas dosa dosa lalu
  * Khusyuk dan tawaduk mohon kepadaNya
* Taubat Nasuha (jgn ulangi kesilapan lalu)
* banyak lakukan yang makruf 

InsyaAllah, bila kita dah lalui semua fasa tu sampai ke 1 fasa yang kita rasa "Yakin sangat2" Bahawa Allah berkuasa keatas diri kita & kita berusaha dan berserah sepenuhnya kepada Allah swt, fasa itulah kita akan merasai nikmat ketenangan jiwa.

Wallahualam. Salam Jumaat. Moga video klip zikrullah hafiz Hamidun itu memberi manfaat :) 

Maasalamah.

No comments:

Post a Comment